IbuRayyanDotCom

Berkongsi Rasa dan Kesihatan

  • Home
  • TIPS DAN PETUA
  • KECANTIKAN
  • KESIHATAN
  • PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
  • TESTIMONI PENGGUNA
  • UMUM

Resepi Donut Mudah

April 21, 2018 by iburayyan Leave a Comment

Resepi Donut Mudah

Assalamualaikum semua,

Saya sebenarnya sudah lama teringin hendak mencuba resepi donut mudah apatah lagi ramai yang berjaya menghasilkan donut gebu dan sedap dengan resepi donut mudah ini.

Hari ini saya akhirnya berjaya merealisasikan hajat saya untuk membuat donut. Alhamdulillah, walaupun semakin sarat dengan kandungan 33 minggu, tak mengapa asalkan hajat mencuba resepi donut mudah berjaya hehe.

Resepi donut mudah ini memang sangat sesuai dan benar-benar mudah terutama bagi mereka yang pertama kali hendak membuat donut macam saya.

Ya, ini adalah kali pertama saya membuat donut. Sudah 31 tahun baru hendak cuba resepi donut mudah. Tak mengapa asalkan sudah buat.

Jadi pengalaman kali pertama buat donut ikut Resepi Donut Mudah ini, memang wajar saya kongsikan.

Supaya lain kali jika saya lupa, saya rujuk balik entri Resepi Donut Mudah saya ini. Senang lagi daripada tulis dalam buku nota.

Baiklah, jom tengok cara-cara buat donut ikut Resepi Donut Mudah. Resepi ini saya ambil dari SINI. Terima kasih kepada empunya resipi.

Bahan-bahan Resepi Donut Mudah :

BAHAN A

  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat (saya guna sudu makan saja. Agak-agak penuh)
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula ( sudu makan juga)
Langkah :
Campurkan semua bahan dalam BAHAN A ini dan biarkan kembang.
Lebih kurang dalam 10-12 minit macam tu sudah kembang.
Mula-mula ingatkan yis tidak mengembang sebab macam cair saja.
Kemudian, tidak lama kemudian yis pun mula mengembang. Lega..hehe.
BAHAN B
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin ( sudu makan)
  • 2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • 1 sudu teh garam (lain kali saya rasa hendak guna setengah sudu teh saja sebab agak terasa masin)

Langkah :

1. Campurkan semua bahan dalam BAHAN B.

2. Ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.

3. Campurkan BAHAN A ( yis yang sudah kembang tadi) ke dalam BAHAN B.

*Bila saya sudah campurkan kedua-dua bahan iaitu A dan B, doh agak keras. Tak lembik. Masih bertepung. Jadi saya tambah air suam lagi sampai tepung agak lembik sedikit.

4. Tutup dengan kain tuala lembap dan biarkan 1 jam supaya doh mengembang.

5. Setelah doh kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin. Tumbuk manja saja ya, bukan tumbuk macam hendak cari gaduh pula hehe.

6. Ok sekarang sudah boleh terap acuan. Ambil sedikit tepung untuk terap supaya, doh tidak melekit / melekat. Kalau letak tepung, doh macam jadi lebih licin dan mulus. Itu yang saya perhatikanlah.

7. Biar 30 minit. Tapi sebenarnya dalam masa menerap acuan sampai siap, sudah lebih 30 minit. Acuan yang diterap pun sudah mengembang.

* Canai doh nipis sikit untuk terap acuan. Sebabnya kalau tebal, tak cantik. Acuan akan mengembang lagi. Buat nipis, jadi acuan kembang cantik. Tak tebal sangat jadinya.

*Acuan saya pada awalnya tebal, bila kembang tak berapa cantik. Tinggi sangat. Terpaksa saya adjust masa hendak menggoreng hehe.

*Saya terap acuan guna botol air anak saya saja. Haha. Guna apa yang ada saja, lebih memudahkan.

8. Goreng dengan api yang sederhana sehingga keperangan. Jangan.hangus, nanti keras.

Baik, boleh tengok gambar cara buat Resepi Donut Mudah di bawah :

Nota : Saya guna apa-apa peralatan yang ada. Tak semestinya peralatan kena lengkap dan canggih baru boleh buat donut hehe.

Resepi donut mudah

Bahan A

 

Resepi donut mudah

Bahan B

 

Resepi donut mudah

Saya guna cawan yang memang khas untuk sukat tepung. Ini beli kat DIY

 

Resepi donut mudah

Campurkan semua bahan dalam BAHAN A dan tunggu sehingga yis kembang. Kalau masih tidak kembang selepas 10 minit, maknanya yis anda mungkin sudah expired atau sudah rosak. Kena ganti yang baru

 

Resepi donut mudah

Yis semakin mengembang

 

Resepi donut mudah

Campur dan ramas BAHAN A sehingga jadi seperti serbuk roti

 

Bahan A dan Bahan B

 

Resepi donut mudah

Campurkan Bahan A dan Bahan B

 

Resepi donut mudah

Adunan lembik sedikit selepas tambah air. Kalau adunan anda sudah memang lembik tak payah tambah air lagi ya

 

Resepi donut mudah

Tutup adunan dengan tuala lembap selama 1 jam

 

Resepi donut mudah

Adunan sudah mengembang selepas 1 jam

 

Resepi donut mudah

Adunan yang sudah ditumbuk untuk keluarkan angin

Resepi donut mudah

Gambar ni ambil dari blog daridapuraida sebab saya lupa nak snap. Kena letak tepung sikit untuk buat acuan supaya cantik dan tidak melekat

Resepi donut mudah

Saya canai guna gelas saja. Takda kayu khas. Haha

 

Resepi donut mudah

Saya terap guna botol air anak saya. Botol dan penutup dua-dua berguna. Masa ini saya kurang letak tepung semasa mencanai, jadinya donut kembang tidak halus dan kurang menarik.

 

Resepi donut mudah

Lubang kat tengah guna penutup botol. Ini terambil penutup botol color oren

 

Resepi donut mudah

Acuan yang sudah siap. Ada yang cantik, banyak yang tak cantik haha. Yang di belakang tu percubaan-percubaan awal, yang di depan semakin cantik apabila letak tepung sampai tidak melekat langsung semasa menerap.

 

Resepi donut mudah

Pandangan tepi donut. Lain kali kena practice buat lebih cantik lagi. Kalau anda nak buat nanti, bolehlah haluskan lagi dengan sedikit tepung supaya nampak cantik ya.

 

Resepi donut mudah

Goreng dengan minyak sederhana panas. Jangan sampai hangus

 

Resepi donut mudah

Beberapa biji sudah siap digoreng

 

Resepi donut mudah

Macam ada yang hangus saja haha

 

Resepi donut mudah

Letak gula kastor (gula halus) semasa kuih masih suam-suam

 

Resepi donut mudah

Hasil akhir menggunakan resepi donut mudah. Nampak sedap dan gebu kan? Hehe

 

Resepi donut mudah

Ini donut separuh masak untuk saya frozenkan

 

Resepi donut mudah

Donut frozen supaya esok-esok cuma tinggal goreng bila rasa hendak makan donut lagi

Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga hajat hendak buat donut. Walaupun mungkin masih tidaklah begitu sempurna, tapi hubby puji dan komen ianya sedap.

Rasa donut saya sedikit rangup di bahagian luar. Isi dalam tidaklah lembut sangat-sangat tapi masih dikira lembut.

Jadi, kalau anda juga berkeinginan untuk buat donut sendiri di rumah terutama hujung minggu, maka bolehlah cuba Resepi Donut Mudah ini. Memang mudah! Jangan risau.

Saya guna apa-apa peralatan yang ada saja memandangkan baru berpindah rumah ( kuarters) ikut suami di negeri seberang. Peralatan baking semuanya ada di kampung. Hendak beli baru pun rugi juga. Rindu kampung, tidak sabar hendak balik nanti walaupun akan berpantang semasa Hari Raya huhu.

Jadi, walaupun tiada peralatan lengkap, anda masih boleh buat donut ya. Jadi, teruskanlah hajat anda untuk membuat donut. Jangan bertangguh lagi. Minum petang hari ini bolehlah mula buat untuk suami hehe. Kalau yang bujang, buat saja untuk makan sendiri. Tapi kalau hendak buat sikit saja, boleh adjust bahan kurangkan sedikit.

Bahan yang saya guna ini tepungnya 4 cawan iaitu hampir 1 kg. Banyak juga kalau hendak dimasak semua sekaligus. Tapi kalau ahli keluarga yang ramai, sesuai jugalah. Boleh tambah kuantiti bahan jika hendak masak lebih banyak.

Baiklah semua, semoga Resepi Donut Mudah ini memberi manfaat buat anda terutama yang masih amatur buat donut macam saya. Selalu ada pertama kali kan. Jadi atau tidak jadi, kena usaha lagi. Usaha tangga kejayaan hehe.

Selamat mencuba!

Filed Under: UMUM Tagged With: cara buat donut yang senang, donut gebu dan rangup, pertama kali buat donut, Resepi donut mudah, resepi donut untuk amatur, resepi mudah buat donut

Nulu-Nuluw Farmstay Kundasang

September 24, 2017 by iburayyan Leave a Comment

Assalamualaikum dan Salam Percutian,

Nulu-Nuluw Farmstay Kundasang

Buat pengetahuan anda, Nulu-Nuluw Homestay Kundasang yang saya tulis dalam entri sebelum ini adalah berkonsepkan ‘Farmstay‘ di mana anda tinggal di kawasan yang dikelilingi oleh kebun sayur-sayuran.

Maka, Nulu-Nuluw Homestay ini akan dikenali sebagai Nulu-Nuluw Farmstay Kundasang.

Pakej Harga Nulu-Nuluw Farmstay Kundasang

Kadar Sewa Bilik

RM150 per night

Bilik : Katil Queen + Katil Super Single

Max Pax per room : 4 – 5 Pax

Nota : Ada kemudahan pemanas air

Kadar Sewa Bagi Tilam Tambahan

RM30 / Set ( Tilam single + Selimut single + Bantal )

Nota : Max tilam tambahan per bilik 1 – 2 unit

Lain-Lain

  • Sewa Dewan ( 20′ x 30′) : RM300/12 jam ( Percuma kemudahan LCD, meja dan kerusi)

Nota : Ada kemudahan Bilik Air

  • PA System : RM300 / 5 jam
  • Sewa Dapur : Buat sementara waktu, penggunaan dapur untuk memasak dan lain-lain masih belum dibuka di Nulu-Nulu Farmstay untuk kemudahan penyewa.
  • Kemudahan lain : Air masak / panas disediakan di balkoni atas ( kegunaan umum) jika mahu memasak maggi atau membuat minuman panas.

* Tiada keetle disediakan di dalam bilik.

Q & A Nulu-Nuluw Farmstay Kundasang

Q : Jika saya ingin menyewa satu rumah, berapa kadar sewaannya?

A : Kadar Sewa satu rumah adalah mengikut rate yang biasa (ikut kadar sewa setiap bilik).

Anda akan dapat PERCUMA penggunaan meja dan kerusi serta ada Complimentary Thank You Gift dari Nulu-Nuluw Farmstay.

Q : Ada berapa buah bilik kesemuanya di Nulu-Nuluw Farmstay?

A : Buat masa ini, ada 8 buah bilik ( 1q + 1ss) kesemuanya untuk ground floor dan tingkat 1 (Tingkat 2 masih belum dibuka untuk penyewa).

Q : Ada tempat untuk Barbeku tak?

A : Ya, ada tempat untuk barbeku.

Q : Ada berapa banyak tempat letak kereta / parking ?

A : Parking max 16 buah kereta.

Gambar-Gambar Bilik Nulu-Nuluw Farmstay Kundasang

Homestay kundasang

Bilik Tingkat 1 – Ada private balkoni

 

Homestay kundasang

Bilik Tingkat 1 – Ada private balkoni

 

Homestay Kundasang

Bilik Tingkat 1 : Ada private balkoni + pemandangan Gunung Kinabalu

 

Homestay kundasang

Bilik aras bawah (ground floor)

 

Homestay kundasang

Tingkat 1 : Beranda / Ruang Legar yang luas

 

Jika anda ada sebarang pertanyaan / anda berminat untuk membuat tempahan bilik di Nulu-Nuluw Farmstay Kundasang, sila hubungi :

Pn.Rabia Dambul ( 013-8859087 )

Pn. Fadhirah @ Mae ( 018-2357061 )

Pastikan anda menempah lebih awal terutama pada musim cuti sekolah.

Terima kasih kerana memilih Nulu-Nuluw Farmstay sebagai penginapan untuk percutian anda di Kundasang, Ranau Sabah.

Semoga anda mendapat pengalaman percutian yang memyeronokkan di Kundasang.

Jumpa lagi!

 

 

 

 

Filed Under: UMUM Tagged With: Family homestay kundasang, homestay berhampiran desa cattle kundasang, homestay best kundasang, Homestay Kundasang, homestay kundasang ranau, homestay terbaik kundasang, homestay untuk family day kundasang, kundasang chalet, kundasang homestay, Nulu-nuluw farmstay

Nulu-Nuluw Homestay Kundasang

September 3, 2017 by iburayyan Leave a Comment

Nulu-Nuluw Homestay Kundasang 

Assalamualaikum dan Salam Aidiladha,

Nulu-Nuluw Homestay Kundasang || Cuti sekolah dan Aidiladha kali ini kami bercuti di Kundasang. Seronok rasanya bercuti di Kundasang (walaupun jarak Kundasang dari rumah kami iaitu di Ranau hanyalah lebih kurang 25-30 minit perjalanan sahaja). Tak mengapa,asalkan ada feeling ala-ala pelancong gitu. Betul tak?

Lagipun, orang kata kawasan Kundasang ini lebih kurang macam Genting Higland. Jadi,kalau bercuti di Kundasang, bolehlah anggap kita sedang bercuti di Genting Higland tapi kita panggil ‘Genting Highland‘ di Sabah hehe.

Orang kata begitu mungkin sebab suhu di Kundasang yang sejuk. Sama seperti di Genting Highland. Betul atau tidak saya pun kurang pasti. Sebab saya sendiri belum pernah ke Genting Highland.

Nulu-Nuluw Homestay

Homestay Kundasang

Nulu-Nuluw Homestay

Percutian kali ini istimewanya ialah kami menginap di Nulu-Nuluw Homestay yang merupakan Homestay milik mentua saya.

Suhu di sini sejuk terutama sekali di waktu malam. Wajib bawa jaket dan stokin! Tak payah pakai kipas mahupun aircond. Guna ‘aircond semulajadi’ sahaja.

Kalau hendak mandi atau basuh muka sahaja pun terutama waktu malam atau waktu subuh, jika tiada heater memang seperti mandi dengan air yang dicampur dengan ais batu. Sejuk!

Sebenarnya, Nulu-Nuluw Homestay ini belum lagi mula beroperasi dan belum lagi dibuka untuk penginap kerana ianya belum 100% siap.

Nulu-Nuluw Homestay ini keseluruhannya ada dua tingkat (ada ground floor, aras 1 dan aras 2) di mana bilik-bilik di bahagian Ground Floor dan Tingkat 1 sudah boleh diduduki cuma perlukan sedikit ‘touch up‘ sahaja lagi.

Tingkat 2 pula masih memerlukan sedikit pembikinan lagi. Insyaallah Nulu-Nuluw Homestay ini dijangka akan mulai beroperasi pada pertengahan ataupun paling lewat pada penghujung bulan September 2017.

Nulu-Nuluw Homestay Pilihan Sesuai Untuk Aktiviti Hari Keluarga

Homestay Kundasang

Ruang Legar di tingkat 1

Apa yang menariknya dengan Nulu Nuluw Homestay Kundasang ini ialah ia mempunyai ruang legar dan juga ‘dewan’ yang luas di tingkat 1.

Bolehlah duduk bersantai sambil melihat pemandangan kawasan bukit bukau dan tanah pertanian (tanaman sayur-sayuran) di kawasan sekitar Nulu-Nuluw Homestay Kundasang. Melihat pemandangan sambil ‘kupi-kupi’ (minum minuman panas) pun pastinya membuatkan anda berasa lebih santai.

Homestay kundasang

Pemandangan dari Tingkat 1 Nulu-Nuluw Homestay

 

Homestay kundasang ranau

Pemandangan yang menenangkan fikiran

Pemandangan dari Tingkat 1 Nulu-Nulu Homestay ini sangat menenangkan jiwa. Tambah lagi dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan sejuk, nyaman sekali.

Jika anda mahu, anda juga boleh memilih bilik yang dapat melihat pemandangan Gunung Kinabalu dengan jelas sekali. Jangan lupa tanya di kaunter nanti ya.

Ruangan dewan juga agak luas iaitu berukuran lebih kurang 20 x 30 kaki persegi. Ianya sangat sesuai untuk anda yang ingin merancang percutian dan mengadakan Hari Keluarga di sini.

Homestay kundasang

Dewan Nulu-Nuluw Homestay

 

Homestay kundasang ranau

Ahli Keluarga berkumpul sempena Aidiladha dan bacaan doa selamat

Nulu-Nuluw Homestay Kundasang Dekat Dengan Desa Cattle Dairy Farm Kundasang

Jika anda mahu tinggal di Homestay Kundasang yang berhampiran dengan Desa Cattle Dairy Farm, maka Nulu-Nuluw Homestay adalah pilihan yang paling tepat.

Nulu-Nuluw Homestay sangat dekat dengan Desa Cattle Dairy Farm Kundasang. Jalan dan arah yang sama. Jarak Desa Cattle Dairy Farm Kundasang daripada Nulu-Nuluw Homestay ialah dalam anggaran 10-12 minit (pemanduan perlahan).

Pilihlah Nulu-Nuluw Homestay sebagai Homestay percutian anda di Kundasang Ranau, Sabah

Jika anda berminat untuk mencari Homestay di Kundasang Ranau Sabah, maka pilihlah Nulu-Nuluw Homestay sebagai homestay percutian pilihan anda. Pastinya tidak mengecewakan.

Insyaallah, Harga Pakej Penginapan Nulu-Nuluw Homestay Kundasang dan gambar-gambar akan saya update sebagai rujuan untuk anda. Nantikan ya!

Sampai jumpa lagi.

Update : KLIK SINI untuk mengetahui Harga Pakej Penginapan Nulu-Nuluw Homestay Kundasang

 

 

Filed Under: UMUM Tagged With: Family homestay kundasang, homestay best kundasang, Homestay Kundasang, homestay kundasang berhampiran desa cattle dairy farm, homestay kundasang bilik luas, homestay kundasang list, homestay kundasang murah, homestay kundasang untuk family, homestay kundasang untuk hari keluarga, homestay terbaik kundasang, kundasang homestay, Nulu Nuluw Homestay, senarai homestay kundasang

Panduan Temuduga Jurutera Elektrik

June 12, 2017 by iburayyan Leave a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Panduan Temuduga Jurutera Elektrik || Tahniah buat anda yang bakal menghadapi Temuduga Jurutera Elektrik J41. Ada yang bertanyakan tentang Tugas Jurutera Elektrik di hospital dan apa persediaan knowledge yang perlu dibuat. Jadi di sini saya suka hendak berkongsi mengenai Panduan Temuduga Jurutera Elektrik khususnya untuk sektor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa Tugas Jurutera Elektrik Di Hospital?

Kerja jurutera ini bergantung dengan di mana seksyen yang anda ditempatkan. Misalnya, dalam KKM ada seksyen implementasi projek, seksyen operasi klinik dan seksyen operasi hospital.

Untuk operasi hospital, khususnya bagi jurutera yang ditempatkan di dalam hospital, tidak kira apa bidang kejuruteraan sama ada Civil, Mechanical, Electric atau Electronic, skop kerja adalah sama.

Jurutera dalam hospital dipanggil sebagai Jurutera Operasi. Jadi tugas utamanya adalah memantau perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat konsesi (kontraktor) kepada hospital.

Maka, secara amnya, jurutera di hospital perlu memastikan syarikat ini memberi perkhidmatan yang memuaskan dan mematuhi perjanjian (concession agreement) yang telah termaktub.

Apa Persediaan Yang Boleh Dilakukan Untuk Menghadapi  Soalan Temuduga Untuk Jurutera Elektrik J41 Di Bawah Sektor KKM?

Untuk persediaan temuduga, khusus untuk Jurutera Elektrik, anda perlu familiar dengan sistem elektrikal yang biasa ada dalam hospital. Contohnya, sistem genset, konsep normal, essential & UPS supply dan piawai dalam pemasangan sistem elektrik.

Selain itu, anda juga boleh cuba faham apa itu Planned Preventive Maintenance (yang ini lebih kurang maksudnya, Pemeriksaan Berkala bagi memastikan alat/jentera beroperasi pada tahap optimum).

Skop Kerja Sama Untuk Jurutera Operasi

Walaupun skop kerja adalah sama untuk jurutera operasi (tidak kira disiplin kejuruteraan apa) tapi ada kala sesebuah hospital mungkin akan memerlukan kemahiran jurutera lain.

Contohnya, jurutera di hospital A adalah Jurutera Civil. Apabila ada isu sistem elektrik di hospital tersebut, maka Jurutera Elektrik daripada hospital lain boleh dirujuk bagi isu ini untuk meminta pendapat.

Satu keadaan lain mungkin melibatkan proses pelupusan. Sebelum proses pelupusan diteruskan, jentera/sistem itu akan dinilai oleh jurutera dengan disiplin yang berkaitan.

Contohnya, pelupusan aircond akan dirujuk kepada Jurutera Mekanikal. Biasanya ini akan dibuat dalam satu bengkel yang dihadiri oleh semua jurutera operasi pelbagai bidang.

Tambahan Tugas Lain Bagi Jurutera Operasi

Memantau perkhidmatan termasuklah menilai prestasi respon syarikat dan kualiti perkhidmatan.

Berdasarkan penilaian ini, jurutera akan menolak (jika perlu) yuran perkhidmatan syarikat berpandukan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Info ini adalah berkaitan tugas untuk bahagian operasi hospital. Seksyen lain skopnya lain. Misalnya, implementasi projek lebih kepada projek-projek pembangunan / naiktaraf major.

Jangan Gelabah Semasa Menghadapi Temuduga

Selalunya, panel penemuduga akan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan bidang anda. Jika anda menghadiri temuduga untuk jurutera elektrik, sudah tentu soalannya juga berkaitan dengan bidang tersebut sekurang-kurangnya perkara yang asas dalam kejuruteraan elektrik.

Panel penemuduga juga akan bertanyakan soalan ‘ikut suka hati’ mereka sama ada soalan mudah ataupun susah. Kalau soalan yang common sense, maka jawablah tanpa ragu-ragu ikut pandangan anda sendiri.

Apa yang penting, anda kena yakin!

Baik, itu sahaja yang dapat saya kongsikan mengenai Panduan Temuduga Jurutera Elektrik.

Saya doakan anda mampu menghadapi temuduga anda dengan jayanya! Good Luck!

 

Filed Under: TIPS DAN PETUA, UMUM Tagged With: Apa itu jurutera operasi, Apa tugas jurutera di hospital, Panduan Temuduga Jurutera Elektrik, soalan temuduga untuk jurutera elektrik, Susahkah tugas jurutera di hospital, tugas jurutera elektrik, tugas jurutera elektrik di hospital

Calon Simpanan Jurutera Elektronik J41

June 10, 2017 by iburayyan Leave a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Calon Simpanan Jurutera Elektronik J41 || Baru teringat tentang entri yang saya tulis mengenai Soalan Temuduga Jurutera Elektronik J41 pada bulan Mac yang lalu, belum ada sambungannya.  Jadi untuk entri ini, saya ingin sambung mengenai berapa lama suami diserap masuk ke sektor KKM selepas menjadi Calon Simpanan Jurutera Elektronik J41 setelah ditemuduga.

Tarikh Dapat Emel Panggilan Temuduga Dari SPA

06 April 2015

Tarikh Temuduga Jurutera Elektronik J41

Suami menghadiri temuduga tersebut pada 20 Jun 2015. Persiapan dan antara soalan yang ditanya semasa temuduga tersebut boleh baca di SINI.

Tarikh Keputusan Temuduga Keluar

Keputusan keluar pada 30 Julai 2015 iaitu dalam tempoh 1 bulan lebih. Suami semak keputusan temuduga secara online sahaja.

Lulus Temuduga Sebagai Calon Simpanan Jurutera ELEKTRONIK j41

Contoh Sumber Google

Keputusan Temuduga Jurutera Elektronik J41 itu ialah lulus sebagai Calon Simpanan. Alhamdulillah, walaupun tidak terus diserap masuk namun posisi sebagai Calon Simpanan Jurutera Elektronik J41 di KKM itu sudah cukup memberi kelegaan. Sebab, bila ada kekosongan jawatan bagi Jurutera Elektronik J41 ini, maka ada kemungkinan untuk suami terus ditawarkan jawatan tersebut tanpa perlu melalui temuduga sekali lagi.

Panggilan Telefon Daripada KKM Pada Awal September 2016

Semasa saya berada di sekolah, suami mesej bagitahu yang dia dapat panggilan telefon daripada KKM yang meminta pengesahan maklumat diri seperti nama, no telefon dan lain-lain. Kata pegawai yang menelefon itu, suami saya dapat jawatan Jurutera Elektronik J41 ini dan surat tawaran nanti akan dihantar.

Saya seperti tidak percaya dan berulang kali bertanyakan suami. Manalah tahu suami tersalah dengar. Jadi kami pun menunggulah surat sampai. Namun, selepas 2 minggu masih tidak ada surat sampai. Jadi saya pun suruhlah suami telefon nombor KKM yang pernah telefon dia dulu.

Rupa-rupanya, surat akan dihantar pada hujung bulan Oktober kerana kemasukan adalah pada bulan November. Patutlah surat tidak sampai-sampai. hehe.

Akhirnya Surat SPA Sampai

Akhirnya surat SPA sampai pada awal Oktober tetapi bukan surat dari KKM. Maka sahihlah, memang betul suami berjaya mendapat jawatan Jurutera Elektronik J41 bawah KKM ini. Namun,  suami belum tahu di mana tempat dirinya bakal dipostingkan. Cuma suami sudah boleh membuat persediaan awal seperti melakukan medical Check Up, melengkapkan borang-borang dan lain-lain.

Dapat Di Salah Sebuah Hospital Di Sarawak

Pertengahan Oktober, akhirnya sampai juga surat yang ditunggu-tunggu iaitu surat penempatan suami. Saya yang buka surat tersebut depan suami. Nangis jugalah bila nampak di mana suami dipostingkan. Sedih! huhu. Apa tidaknya, jauh sangat dari Ranau. Kena naik flight. Tiada Air Asia pula tu. Jalan darat pula mengambil masa perjalanan hampir 16 jam. Jadi, hendak tolak atau pergi saja?

Suami Melapor Diri

Hendak tak hendak, setelah mendapatkan nasihat daripada ibu bapa, akhirnya suami pergi juga melapor diri ke Sarawak pada hujung November 2017. Bermulalah kisah PJJ kami suami isteri. Bermulalah juga tugas suami sebagai seorang Jurutera Elektronik J41 di hospital.

Tempoh Masa Menjadi Calon Simpanan Jurutera Elektronik J41

Suami menjadi Calon Simpanan Jurutera Elektronik J41 selama 13 bulan sejak tarik keputusan temuduga dikeluarkan sehinggalah mendapat panggilan telefon daripada KKM bahawa suami berjaya mendapat post tersebut.

Jadi, kepada anda yang sudah mendapat keputusan temuduga dan hanya disenaraikan lulus sebagai Calon Simpanan, janganlah anda berasa sedih. Yakinlah dengan ketentuan rezeki dariNya. Rezeki tidak akan pernah salah alamat. Apa yang penting, teruskan berusaha!

Doakan Kami

Berjauhan dengan suami dan menjaga anak-anak yang masih kecil bersendirian, ditambah pula dengan kekangan kewangan dan masa untuk berjumpa serta meluangkan masa bersama, bukanlah suatu perkara yang mudah bagi kami. Namun, saya bersyukur Allah berikan rezeki yang tidak putus-putus kepada kami sekeluarga.

Mudah-mudahan hujung tahun ini suami boleh memohon pindah ke Sabah. Semoga ada kekosongan jawatan untuknya di mana-mana hospital dalam Negeri Sabah. Mana-mana Jurutera Elektronik J41 yang sedang bertugas di Sabah dan mahu bertukar suka sama suka dengan suami saya, bolehlah hubungi suami saya. hehe.

Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari info berkaitan Calon Simpanan Jurutera Elektronik J41.

Sekian saja , Jumpa lagi!~

 

 

Filed Under: UMUM Tagged With: adakah calon simpanan akan diserap masuk, berapa lama calon simpanan jurutera elektronik akan diserap masuk, calon simpanan jurutera j41, tempoh menunggu sebagai calon simpanan jurutera elektronik j41

Link Pantas Untuk Guru Masukkan Markah SAPS

June 7, 2017 by iburayyan 1 Comment

Assalamualaikum,

Link Pantas Untuk Guru Masukkan Markah SAPS || Hai, apa khabar? Saya percaya dan yakin sekarang ini ramai guru-guru yang sedang stress sebab susah sangat hendak cari link untuk SAPS ONLINE untuk pengisian markah terutama untuk peperiksaan semester satu. Saya pun sama juga. Rasa stress dan pening kepala bila buka link itu ini, tapi iklan banyak sangat. Akhir sekali, tak jumpa juga. Rasa hendak marah dengan KPM pun ada sebab susah hendak cari link SAPS ini.

guru stress

Sudahlah banyak markah hendak diisi, susah jumpa link SAPS pula kan. hehe

Sekarang ini memang kebanyakan link pautan berkaitan dengan KPM kena taip link tersebut. Tidak seperti dulu, taip sahaja kata kunci misalnya SAPS. Keluarlah pautan utama dalam carian Google paling atas. Mudah.

Tapi sekarang. Taip banyak-banyak kata kunci pun, sama juga. Susah sangat hendak jumpa link yang sebenar. Jadi, untuk membantu guru-guru lain dan saya sendiri, saya pun tulislah entri ini. Kalau ada pahalanya apabila memudahkan urusan guru-guru, alhamdulillah..

 saps online guru 2017

Laman SAPS ONLINE guru

Maka, saya letakkan Link Pantas Untuk Guru Masukkan Markah SAPS di sini supaya tidaklah guru-guru susah hendak cari lagi. Klik saja link tersebut untuk sampai kepada pautan SAPS yang sebenar. Jangan risau, tiada iklan Google. hehe.

Baik. Jom isi markah!

KLIK LINK INI YA —->  SAPS ONLINE UNTUK GURU

Untuk rujukan lanjut misalnya terlupa kata laluan SAPS dan lain-lain, boleh terjah ke SINI.

Selamat mengisi markah wahai rakan-rakan guru!

 

 

Filed Under: UMUM Tagged With: cara masukkan markah saps online, cara masukkan markah saps online untuk guru, link pantas saps, saps online, saps online untuk guru

Cara Implanon Dibuka

March 20, 2017 by iburayyan 4 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ibu-ibu semua,

Cara Implanon Dibuka|| Hari ini, 20 Mac 2017 saya ke ke klinik berjumpa doktor minta dibukakan implanon (alat perancang kehamilan) yang saya pasang pada 20 Julai 2015. Baru sahaja setahun lebih. Sebenarnya tempoh implanon saya adalah 3 tahun. Julai 2018 barulah tamat tempoh.

Namun, oleh sebab haid saya sangat tidak teratur dan berpanjangan, maka saya pun berbincang dengan suami tentang hal ini. Keputusannya, kami berdua bersetuju untuk buka implanon. Sebelum ini saya juga tertanya-tanya, apa cara implanon dibuka? Jadi hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana Cara Implanon Dibuka.

Pasang Sekejap saja, Bukanya Lama Sikit

 cara implanon dibuka

Cara Implanon Dibuka

Semasa saya dipasangkan implanon ini dulu,  sekejap sahaja sudah selesai. Tak sampai 10 minit pun. Doktor pun memang ada bagitahu yang hendak pasang implanon senang saja, bukanya yang ambil masa sedikit. Tadi pun memang agak lama jugalah tapi tidaklah sampai 30 minit. Mungkin 15 minit begitu.

Mula-mula doktor bius. Kemudian, ada rasa macam dihiris pisau. Rasa sedikit ngilu mungkin sebab ubat bius belum bertindak sepenuhnya. Doktor macam ada gunting-gunting sikit, korek-korek sikit. hehe.  Tak terasa sakit. Sebab rasa kebas kesan daripada ubat bius. Jangan risau. Cuma perasaan ngeri dan ngilu itu tetap ada. Rasa tak sabar hendak siap.

 

Related image

 

Bila sudah siap, saya pun tengoklah implanon yang sudah dibuka tu. Hmm agak panjang juga. Nampak bekas implanon tu macam berlubang pula. Ingatkan doktor gunting memanjang. Tidak. Doktor gunting dan buat satu lubang saja. Lepas itu doktor tarik implanon itu keluar sambil picit-picit, tekan-tekan sikit. Sebenarnya, sepanjang proses implanon saya dibuka, saya tak tengok. Takutlah! Cuma rasa sajalah apa yang doktor tu sedang buat. hehe.

Related image

Implanon Saya Sudah Dibuka!

cara implanon dibuka

Macam inilah juga situasinya (Sumber Google)

Macam tidak percaya pula yang implanon saya sudah dibuka. Rizqi pun sudah genap 2 tahun 14 April depan. Sebulan saja lagi. Kalau ada rezeki adiknya, alhamdulillah. hehe. Walaupun sebenarnya hendak tunggu Rizqi besar sedikit sehingga 3 atau 4 tahun. Tapi, besar juga harapan kami suami isteri, mudah-mudahan kalau ada rezeki anak yang ke 4, dapatlah anak perempuan. Jom kita doa sama-sama, Mudah-mudahan ada rezeki pasangan suami isteri ini, Farizah binti Hamid dan suaminya Faysal Ezwen Jupirin dapat anak kembar perempuan. Aamiin.. Terima kasih!

Kena Makan Antibiotik 

Doktor bagi saya ubat tahan sakit, antibiotik yang perlu dimakan sehingga habis dan krim untuk sapu pada tempat yang luka tu. Rasanya sekejap lagi pasti sakit berdenyut-denyut. Besar juga lubang itu. Sekarang ini masih belum terasa sakit sebab ada kesan ubat bius. Sama juga macam mula-mula pasang implanon. Doktor kata, balutan buka selepas 3 hari. Aduh lamanya. Tapi mengikut pembacaan boleh juga buka selepas 24 jam. Tengoklah nanti mana-mana yang saya selesa, saya buat. Tak boleh kena air juga doktor kata.

Harga Buka Implanon

Oh ya, harga buka implanon ini ialah RM50 nett. Tiada tambahan GST ya. Mungkin sudah termasuklah tu. hehe.

Baiklah itu sahaja perkongsian saya tentang Cara Implanon Dibuka. Mudah-mudahan perkongsian saya ini dapat menenangkan hati ibu-ibu di luar sana yang hendak buka implanon tu. Jangan risau, tak sakit pun. Ngilu saja. Memang tak sakit.

Terima kasih sudi baca. Lepas baca sudilah komen. Kongsi sikit pengalaman ibu-ibu..

Jumpa lagi!

Filed Under: UMUM Tagged With: adakah dibius semasa implanon dibuka, bagaimana implanon dibuka, berapakah bayaran membuka implanon, buka implanon, cara implanon dibuka, harga buka implanon, implanon, sakitkah buka implanon, susahkah buka implanon

Hiasan Dan Susun Atur Bilik Darjah Abad Ke 21

February 27, 2017 by iburayyan Leave a Comment

Hiasan Dan Susun Atur Bilik Darjah Abad Ke 21

Assalamualaikum semua,

Saya yakin dan pasti ramai guru kelas yang masih belum ada kesempatan untuk melakukan Hiasan dan Susun Atur Bilik Darjah Abad Ke 21 kan? Samalah kita. Baru sahaja Sabtu minggu lepas saya ada kesempatan untuk datang ke sekolah untuk menghias kelas.

Walaupun belum sempat menampal apa-apa maklumat, tetapi syukurlah sudah membuat partition untuk sudut mata pelajaran dan lain-lain seperti Parking Lot, sudut Reward, sudut Hasil Kerja Murid, sudut Informasi dan sebagainya.

Pada mulanya memang tiada idea langsung. Saya gunakan bahan-bahan seperti kertas minyak warna kuning, pembalut hadiah, wall paper dan kertas border. Meja murid pula saya cat dengan cat kayu warna hijau.

Alhamdulillah ada jugalah nampak perubahan. Ada bandingan sebelum dan selepas.

Gambar Sebelum

Gambar Selepas

Belum Siap Lagi..

Saya belum ada lekatkan sebarang maklumat mahupun jadual lagi. Tak sempat. Ambil masa setengah hari juga untuk buat partition semua ini. Saya sampai di sekolah jam 12 tengahari. Susah nak datang awal sebab mengurus anak kecil lagi. Tiada pengasuh. Kena tunggu neneknya balik dari kelas mengaji barulah boleh minta tolong mak jagakan sekejap. Maaf ya mak.

Selesai menghias, balik jam 6.00pm. Sampai pekan jam 7pm. Singgah makan dan tutup kedai lagi. Sampai rumah dah pukul 9.30pm. Sorry anak-anak. Ibu sibuk dengan kerja menghias kelas di sekolah. Huhu.

Baiklah. Nanti kalau kelas saya sudah siap dihias dan penuh dengan informasi, insyaAllah saya akan kongsikan lagi ya.

Harap cikgu-cikgu semua pun sudilah bagi pandangan. Apa yang sesuai ditambah. Oh ya, kelas saya paling ramai murid. 40 orang. Tahun 2. Agak mencabar juga hendak pilih susun atur meja paling sesuai dengan abad ke 21.

Akhirnya saya pilih susunan ini.

Bila sudah pilih susunan ini, ada rasa luas sikit dah. Bolehlah guru lalu.

Oklah. Hari ini ada perlawanan bola jaring. Nanti bila saya dah tambah hiasan, saya update lagi ya.

Terima kasih sudi baca.

Jumpa lagi 🙂

 

 

Filed Under: UMUM Tagged With: bagaimana susun atur bilik darjah abad kr 21, contoh hiasan kelas, Hiasan dan susun atur bilik darjah abad ke 21, hiasan kelas abad ke 21, rupa hiasan kelas abad 21, susunan kelas abad 21

Kenapa Anak Saya LINUS

October 9, 2016 by iburayyan Leave a Comment

Kenapa Anak Saya LINUS?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai mengisi pengisian LINUS untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi dua kelas tahun tiga yang saya ajar. Alhamdulillah kerana dalam saringan 2 ini ramai murid saya yang lepas berbanding saringan 1 pada bulan Mac yang lalu.

Agak menyedihkan juga apabila murid-murid ini masih ada lagi yang tidak lepas saringan Linus walaupun tahun hadapan mereka akan naik ke darjah 4. Kenapa boleh jadi begini ya?

Bagi saya, ada beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Ini adalah daripada pemerhatian saya sendiri walaupun hanya secara umum.

Saya mengajar di sekolah Pedalaman 1. Rata-rata murid di sekolah ini datangnya daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Sebagai guru kelas, saya tahu latar belakang murid serba sedikit. Kebanyakan ibu bapa murid di kelas saya bekerja sebagai petani / bekerja sendiri.

Kasihan juga melihat murid-murid. Kadang-kadang, mereka datang ke sekolah dengan baju seragam yang comot dan selekeh. Walaupun mereka ada diberikan bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah, namun situasinya tetap sama. Masih juga datang ke sekolah dengan keadaan yang agak selekeh. Rambut panjang, kuku panjang, baju dan kasut semuanya kelihatan kurang bersih.

Mengapa keadaan ini berlaku?

Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah :-

  1. Murid kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Dari segi pengurusan diri sudah nampak kurang kemas, apatah lagi dari segi memberi tunjuk ajar di rumah untuk akademik. Ada murid saya yang sangat lemah mengeja perkataan. Ada yang mengambil masa yang sangat lama untuk mengeja suku kata. Bila saya tanya, adakah ibu bapa mereka ada mengajar mereka di rumah untuk membaca, jawapannya ialah TIDAK ADA. Sedih mendengarnya.
  2. Murid kelihatannya kurang mendapat nutrisi. Kurang nutrisi, saya setuju. Kenapa? Sebab boleh nampak dari segi fizikal murid tersebut yang agak kurus, kurang terurus, tidak bersemangat dan kurang ceria. Syukur pihak kerajaan ada memberikan bantuan Rancangan Makanan Tambahan kepada murid. Lebih baik lagi, baru-baru ini murid juga mula diberikan tambahan makanan iaitu sarapan pagi. Ini bermaksud, murid berpeluang makan 2 kali sehari di sekolah.
  3. Makanan sihat dan cukup nutrisi adalah penting untuk pertumbuhan kanak-kanak dari segi fizikal dan mental. Kekurangan nutrisi akan menyebabkan mereka kurang sihat dan selalu jatuh sakit. Selain itu, mereka juga tidak bersemangat untuk belajar. Ini menyebabkan mereka sukar untuk memahami apa yang diajar guru di sekolah.

Andai saja ibu bapa mampu memberikan anak-anak makanan tambahan yang baik untuk mereka, maka saya sarankan agar ibu bapa membelikan anak-anak mereka Omega Guard, Vitalea Kids, Vitamin C Chewable dan Mealshakes. Paling kurang pun berilah anak-anak anda Omega Guard kerana Omega Guard ini baik untuk perkembangan otak. InsyaAllah anak-anak akan lebih cepat faham semasa belajar.

Image result for omega guard untuk anak

Image result for vitalea kids untuk anak

Image result for mealshakes untuk anak

Cubalah vitamin-vitamin di atas dan berikan kepada anak-anak anda, lihat perbezaannya. Ingat, konsisten dalam pengambilan makanan tambahan ini adalah penting untuk melihat perubahannya. Insya-Allah, saya doakan anak-anak anda mendapat khasiat yang terbaik dan membesar menjadi anak-anak cerdik yang soleh dan solehah. Aamiin..

Jika anda berminat untuk mencuba vitamin-vitamin di atas, boleh hubungi saya di talian 016-8427520 Pn. Farizah. Ready Stock dan COD Area Pekan Ranau Sabah dan kawasan berhampiran.

P/S : Melabur untuk kesihatan anak-anak akan memberikan pulangan yang besar. Anak sihat keluarga ceria!

Filed Under: UMUM Tagged With: kenapa anak saya bodoh, kenapa anak saya kurang cerdik, kenapa anak saya lambat faham, kenapa anak saya lambat membaca, kenapa anak saya linus, kenapa anak saya tidak pandai

Doa Isteri Mustajab Untuk Suami Murah Rezeki

October 6, 2016 by iburayyan 2 Comments

Doa Isteri Mustajab Untuk Suami Murah Rezeki

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas kurniaan rezekiNya yang tidak terhingga kepada kami sekeluarga. Bulan lalu KKM ada telefon suami dan memberitahu bahawa suami mendapat jawatan sebagai Jurutera Elektronik J41 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apabila suami memberitahu berita itu kepada saya, rasa teruja juga. Syukur kerana suami memang jurusan elektrical engineer. Memang bidang dia. Saya tahu dia gembira memandangkan sudah setahun lebih dia berhenti kerja sebagai elektrical engineer di syarikat swasta. Saya tahu dia sangat rindu dengan kerjanya.

Dahulu, dia berhenti kerja pun sebab saya yang desak. Sebabnya, nak sangat pindah di Ranau. Tempat sendiri lebih mudah memandangkan anak sudah ada 3 orang. Sakit dan sebagainya, ada juga keluarga dekat nak tengok-tengokkan.

Berbalik kepada cerita mendapat jawatan Jurutera Elektronik J41 ni tadi, akhirnya surat daripada SPA sudah sampai pada 4hb Oktober lepas. Syukur Alhamdulillah. Memang officially lah suami dapat jawatan tu. Kerja government. Rugi juga nak tolak walaupun saya dah terbiasa suami sentiasa dekat dan ada di sisi.

Sekarang kena tunggu surat dari KKM pula. Nanti KKM yang akan beritahu di mana suami dapat tempat bertugas. Minta-minta dapat di Hospital Ranau. Aamiin…Ya Allah, saya nak sangat suami dapat tempat kerja yang dekat. Sebab saya dan anak-anak perlukan suami. Anak-anak pun masih kecil lagi. Si bongsu baru berumur 1 tahun 5 bulan. Kecil lagi.

Kisah sebenar yang ingin saya kongsikan..

Baiklah, apa yang ingin saya kongsikan di sini sebenarnya ialah sedikit kisah tentang perkara berkait dengan rezeki suami ni. Mungkin hal kecil sahaja, cuma manalah tahu ada di antara anda di luar sana yang lupa bahawa doa seorang isteri itu penting untuk suami.

Kisahnya..

Merungut tentang semuanya di bawah tanggungan saya sebagai seorang isteri

Tahu kan? Apabila kita seorang diri sahaja yang bekerja dan berusaha mencari pendapatan sampingan lain dengan berbisnes online, kita akan berasa sangat penat dan stress. Apatah lagi apabila yuran taska anak, bila air dan elektrik, susu dan pampers, duit untuk ibu bapa, duit untuk belanja adik yang masih belajar dan lain-lain…semuanya kena tanggung sendiri. Tiada tempat lain untuk meminta. Hanya diri sendiri perlu berusaha mendapatkannya.

Lalu di sanalah bermula rungutan terhadap suami. Menyalahkan suami sebab kita kena tanggung semuanya seorang diri. Sedangkan jauh di sudut hati sebenarnya sedar bahawa itu semua adalah ketentuan Allah. Suami pun bukannya tidak mahu bekerja. Bukannya langsung tidak membantu malah suamilah yang banyak berkorban dalam menjaga anak-anak. Menguruskan anak-anak. Melayan anak-anak ketika saya sibuk.

Tak pernah langsung suami merungut walaupun saya tahu dia penat. Bangun tengah malam atau jam 2 pagi untuk membuat susu anak. Semua itu suami buat. Dia tak merungut. Saya tak pernah bangun tengah malam untuk membuat susu anak. Anak kencing di tilam, muntah dan lain-lain, suamilah yang akan mengurusnya.

Saya? Saya banyak relaks sebenarnya.. Tapi, itulah. Bila sudah rasa tertekan, memang rasa nak marah. Orang yang jadi mangsa ialah suami. Marah suami pun sebab nak melepaskan rasa stress sahaja. Kadang kita marah, kita hanya fikirkan perasaan sendiri tapi lupa fikirkan tentang perasaan suami. Kasihan suamiku…maaf ya hubby sayang..

Tersedar apabila membaca perkongsian di Facebook mengenai doa isteri untuk suaminya..

Suatu hari, sedang membaca berita dan post di facebook, saya terbaca tentang Doa Isteri Untuk Suami. Apabila membaca doa tersebut dan perkongsian mengenainya, di sana timbul kesedaran dalam diri saya. Saya lupa!

Saya lupa untuk mendoakan suami saya. Tiap kali usai solat, saya doakan ibu bapa saya, keluarga saya, anak-anak saya, rakan-rakan dan guru saya, anak murid saya. Tetapi saya lupa berdoa untuk suami saya. Ya Allah, bagaimana boleh lupa..

Sejak dari itu, barulah saya sedar dan mulai mendoakan suami.
doa-suami-isteri

Ya…saya mendoakan suami. Meminta Allah memudahkan suamiku dalam mencari rezeki agar suami dapat menunaikan nafkah zahir kepada saya dan anak-anak. Doa ini pasti setiap kali usai solat. Saya ikhlas dan redha dengan suami. Saya maafkan dan saya halalkan setiap sen duit saya yang diguna untuk perbelanjaan harian, anak-anak dan keluarga.

Alhamdulillah, saya tenang. Saya tidak lagi berasa berat walaupun kadang-kadang masih berasa risau. Cuma saya tidak lagi menyalahkan suami, malah berusaha sedaya upaya untuk tidak membebel dan memarahi suami untuk perkara yang remeh temeh.

Allah makbulkan doa saya!

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. Allah kurniakan kepada suami saya pekerjaan ini. Pekerjaan yang memang bukan mudah untuk dapat. Selepas setahun menghadiri temuduga dan menjadi calon simpanan, akhirnya Allah permudahkan…

Lalu, saya berasa sangat terharu. Apa yang saya pelajari, saya rasa sebagai seorang isteri, kita mestilah redha dengan suami. Kita mestilah ikhlas membantu suami. Kita wajib mendoakan suami kerana doa seorang isteri itu mustajab untuk suaminya.

Maka, puan-puan di luar sana. Jika saat ini, anda berasa down kerana letih mencari rezeki seorang diri, rasa diri terbeban kerana menganggap suami tidak membantu, maka sedarlah…mungkin anda lupa berdoa untuk suami. Doakanlah suami anda..doakanlah yang baik-baik untuknya..

Jika anda sudah berdoa, maka tunggulah. Allah lebih tahu masa yang sesuai. Mungkin ada sesuatu yang besar menanti di hadapan. Teruskan berdoa..kena yakin dan berfikir yang baik-baik sahaja supaya yang baik itu akan datang kepada anda.

Mudah-mudahan ini dapat menyedarkan kita semua. Saya menulis agar saya sentiasa ingat kisah ini. Sama juga ketika suatu ketika dulu, di mana saya sangat redha dan berserah pada Allah, akhirnya saya dapat pindah tempat bertugas di Ranau tanpa perlu merayu atau mencari kabel-kabel yang kuat. Tiada kabel, Allah sahaja kabel terkuat untuk kita. Berdoalah…jangan lupa..Allah Maha Mendengar.

Filed Under: UMUM Tagged With: doa isteri mustajab untuk suami, doa isteri untuk suami, doa isteri untuk suami murah rezeki, kenapa isteri perlu mendoakan suami

submit url free

Copyright © 2018 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in