iburayyan.com

Berkongsi Rasa dan Kesihatan

  • Home
  • TIPS DAN PETUA
  • KECANTIKAN
  • KESIHATAN
  • PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
  • TESTIMONI PENGGUNA
  • UMUM

Perlukah Usus Kita Dibersihkan?

March 11, 2017 by iburayyan 4 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar pembaca yang setia? Saya doakan anda semua sentiasa dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yang baik. Insya-Allah. Semalam saya telan Herblax. Awal pagi ini membuang dengan jayanya. Memang cara mudah bersihkan usus! Herblax bersihkan usus. Eh, perlukah usus kita dibersihkan?

Mari Kenali Usus Besar dan Usus Kecil

Image result for USUS BESAR

Usus besar berfungsi untuk menyerap air agar najis yang terbentuk tidak menjadi berair. Usus besar ini bermula daripada bahagian kanan yang dinamakan ‘caecum’ sehinggalah ke rektum.

Manusia dapat hidup sempurna tanpa mempunyai usus besar berbanding dengan usus kecil yang fungsinya ialah untuk menyerap air, vitamin serta zat-zat daripada makanan yang diambil.

 usus kecil

Usus Besar dan Usus Kecil

Manusia tidak boleh hidup tanpa usus kecil tetapi boleh hidup tanpa usus besar kerana usus kecil ini juga boleh mengambil alih fungsi usus besar.Penting rupanya usus kecil ini.

Perlukah Usus Kita Dibersihkan?

usus kotor

Ya, sangat perlu! Saya yakin, ramai di antara kita ( termasuk saya) yang selalu sahaja makan makanan moden umpamanya Pizza, Burger, minuman berkarbonat dan lain-lain yang sememangnya sedap tetapi kurang khasiatnya.

Sering makanan ini dipanggil makanan ‘sampah (maaf jika kasar bahasanya huhu), tetapi oleh kerana sedap, maka kita bantai makan saja.

Image result for usus kotor kerana makanan

Maka, apabila segala makanan ‘sampah’ dan pelbagai zat kimia masuk ke dalam perut kita, usus akan menjadi berkerak. Apabila usus berkerak, ia akan mengurangkan dan menjejaskan penyerapan zat gizi sehingga mulai mengundang pelbagai penyakit. Oleh itu, perlukah usus kita dibersihkan? Semestinya PERLU!

Mengapa Usus Kita Kotor?

Image result for USUS KOTOR

Kebanyakan orang tidak mengetahui ususnya kotor. Usus manusia panjangnya ialah sekitar 10 meter. Setiap hari dilalui oleh makanan yang tidak selalunya mudah dicerna dan dihadam.

Tambahan pula dengan pola makan pada masa kini yang kurang sihat dan selama berpuluh tahun pula usus tidak pernah dicuci.

makanan tidak sihat

Amalan pemakanan tidak sihat

Amalan pemakanan kita dengan diet makanan tinggi lemak, protein, karbohidrat, kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan ( yang berserat) dengan nutrisi harian yang tidak seimbang, maka ini menyebabkan masalah kepada pencernaan.

Makanya, usus menjadi kotor sehingga tidak dapat berfungsi dengan normal untuk mencerna dan menyerap sari makanan, malah kotoran yang tertinggal dan mengerak dalam usus akan menjadikan ia sebagai toksin atau racun kepada tubuh.

Menurut Doktor 

Image result for membuang air besar

Sembelit

Dr. Bernard Jensen mengatakan bahawa 98% penduduk dunia mempunyai usus besar yang dipenuhi dengan tinja lama dan kotoran yang mengeras.

Tinja baru yang lembik dan kecil akan melalui saluran usus yang sempit, akibatnya banyak dari kita mempunyai masalah sembelit.

Usus Kotor Menyebabkan Autointoksikasi

Dr Catherine Tjahjadi iaitu seorang ahli detoksifikasi menyatakan bahawa tubuh kita memang mempunyai mekanisme pembersihan kendiri iaitu melalui proses buang air besar.

membuang air besar

Adakah anda buang air             besar setiap hari?

Tetapi, berapa ramai yang rutin membuang air besarnya adalah setiap hari? Tambahan pula tidak semua kotoran itu akan keluar dari tubuh kerana sebahagian akan melekat pada dinding usus besar dan akhirnya menjadi toksin kepada tubuh.

Image result for sembelit

Pembuangan najis tidak lancar

Bagi mereka yang proses pembuangan najisnya tidak lancar iaitu sembelit, ini akan menyebabkan tertimbunnya kerak atau ‘sampah’ pada usus. Bahayanya ia boleh menyebabkan keradangan.

Walaupun begitu, dalam usus besar masih terjadi proses penyerapan namun yang diserap bukan hanya air tetapi juga vitamin dan mineral yang masih diperlukan tubuh. Malah, segala toksin juga diserap sekali. Ini menyebabkan kita mengalami autointoksikasi atau keracunan oleh tubuh badan kita sendiri.

Image result for detox

Jangan risau, melalui proses detoks, kotoran yang bertahan dan berkerak di usus besar boleh dikeluarkan.

Usus Kotor Mengundang Pelbagai Penyakit

Image result for USUS KOTOR

Bahayanya jika usus kotor, ia mengundang pelbagai masalah dan penyakit seperti :

  • Keletihan
  • Insomnia
  • Masalah kulit
  • Mulut dan badan berbau
  • Sembelit
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes
  • Penyakit jantung, ginjal dan hati
  • Daya tahan tubuh merosot
  • Berat badan berlebihan
  • Daya ingatan lemah
  • Kanser usus

Ingin Memiliki Tubuh Sihat, Usus Perlu Bersih

Image result for usus besar kotor

Menurut Dr. Hiromi Shinya, jika anda mahu memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas, anda perlu utamakan kebersihan usus.

Ini kerana, usus yang kotor akan menyebabkan anda sukar memiliki tubuh badan yang sihat. Dengan hanya memastikan kesihatan usus, maka anda sudah dapat meningkatkan kesihatan seluruh organ tubuh badan anda.

Bagaimana Cara Membersihkan Usus?

Image result for puasa

  • Berpuasa – Nabi bersabda :” Sumber penyakit itu adalah perut, perut adalah gudangnya penyakit dan berpuasa ada ubat”.

Image result for makanan serat tinggi

  • Makan makanan yang tinggi serat dan berkhasiat.

Image result for makan sikit

  • Jangan berlebih-lebihan dalam makan.

Image result for detox

  • Mengamalkan detox usus sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu terutama bagi anda yang sering sembelit.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk menjaga kesihatan usus anda selepas ini. Paling penting, jangan lupa detox.

Nak detoks hari ini juga?

Baca —-> Detox Cara Mudah dan Selamat!

 

Filed Under: Herblax, KESIHATAN Tagged With: adakah bahaya jika usus kotor, adakah usus kotor berbahaya, bagaimana hendak membersihkan usus, bagaimana mengetahui usus kotor, cara detox usus, cara mudah bersihkan usus, perlukah usus dibersihkan, punca usus kotor, usus kotor punca penyakit

Comments

  1. Ell says

    March 13, 2017 at 12:30 am

    Bila usus kotor, kita senang dapat sakit sebab toksin terkumpul.
    Ell recently posted…Anak Sembelit? Dah Tak Tahu Nak Buat Apa Lagi?My Profile

    Reply
  2. Dettismuslin says

    March 17, 2017 at 8:46 pm

    Kita yang dah hidup puluh2 tahun ni takan x mau detox usus. Kereta pun mau service kan. Apa lagi tubuh kita sendiri

    Reply
  3. Chris says

    March 18, 2017 at 3:18 am

    Detoks mmg perlu utk setiap orang..tq infonya

    Reply
  4. Chris says

    March 18, 2017 at 3:21 am

    Detoks perlu utk setiap orang..tq infonya..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

submit url free

Copyright © 2019 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in