Punca Masalah Keputihan Dan Cara Mengatasi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua pembaca IbuRayyanDotCom,
Punca Masalah Keputihan Dan Cara Mengatasi || Masalah Keputihan merupakan masalah yang sering berlaku dan dialami oleh hampir kesemua wanita. Ada yang menghadapi masalah keputihan biasa dan ada juga menghadapi masalah keputihan yang agak teruk. Ia bukan sahaja dialami oleh wanita yang sudah berkahwin tetapi juga turut dialami oleh wanita bujang. Lantas demikian, saya sangat suka untuk berkongsi mengenai Punca Masalah Keputihan dan Cara Mengatasi agar semua wanita di luar sana akan mendapat manfaat daripada perkongsian ini.
Apa Itu Masalah Keputihan?

Masalah Keputihan Wanita
Keputihan ialah masalah di mana cairan keputihan keluar daripada faraj wanita. Tanda masalah keputihan itu agak teruk ialah apabila berasa gatal, berbau, berlaku radang pada faraj atau pedih, tidak selesa dan sakit semasa hubungan intim bagi yang sudah berkahwin, keputihan keluar dengan sangat banyak, pekat seperti keju dan berwarna kehijauan.
Namun begitu, lendir keputihan yang keluar dari faraj juga tidak semestinya menandakan ia penyakit. Kadangkala, ia cumalah lendir keputihan biasa. Faraj dan pangkal rahim mengeluarkan lendir bagi suatu tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh kilang-kilang khas dan sel-sel pengeluar lendir.

Lendir keputihan
Lendir keputihan yang keluar dari faraj wanita ini juga ada pelbagai bentuk dan berbeza bagi setiap wanita. Biasanya, keputihan berwarna jernih atau kelabu keputihan. Jika ia tidak berubah warna menjadi kekuningan atau kehijauan, jangan risau kerana ia bermakna tiada jangkitan.
Jika anda mempunyai Masalah Keputihan dan ingin mengetahui sama ada ia normal atau sebaliknya, anda boleh rujuk di SINI.
Punca Masalah Keputihan Wanita

Ketahui punca masalah keputihan wanita
- Wanita dalam keadaan terangsang seksualnya akan bertambah keputihannya.
- Stress / Tertekan menyebabkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
- Penyakit seperti kencing manis dan tiroid.
- Jangkitan seksual seperti Bakterial Vaginosis, Candida Vaginitis, Trichomonas Vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau Herpes.
- Kurang makan makanan berserat.
- Period (keputihan sebelum datang period).
- Penggunaan seluar dalam yang terlalu ketat.
- Seluar dalam yang basah atau lembab.
- Pencuci vagina yang tidak sesuai
- Faktor pemakanan seperti timun, makanan bergoreng, sos tomato dan keju
Cara Mengatasi Masalah Keputihan

Hilangkan stress dengan beriadah
- Menghilangkan stress dengan beriadah dan sebagainya.
- Memastikan anda bebas daripada penyakit seperti kencing manis dan lain-lain.
- Setia kepada satu pasangan.
- Amalkan makanan tinggi serat dalam diet pemakanan harian anda.
- Elakkan daripada menggunakan seluar dalam yang ketat.
- Elakkan daripada seluar dalam selalu basah atau lembab. Pastikan anda mengelap kemaluan dengan tisu selepas ke tandas agar seluar dalam tidak basah.
- Elakkan daripada wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memburukkan keadaan.
- Amalkan gaya hidup sihat terutama dalam pengambilan makanan.
- Jaga kebersihan vagina anda.
- Tips istimewa – Amalkan vitamin Set Keputihan Shaklee (Garlic, Alfalfa dan GLA)
Apa Itu Set Keputihan Shaklee?

Set Keputihan Shaklee
Set Keputihan Shaklee mengandungi vitamin yang sangat sesuai untuk membantu anda mengatasi masalah keputihan. Ianya sangat selamat dan semulajadi tanpa ada sebarang bahan kimia, perasa tambahan mahupun bahan pengawet.
Garlic Shaklee

Garlic Shaklee
Sejak dulu lagi, garlic ataupun bawang putih terkenal sebagai agen yang bersifat antioksidan dan antikulat. Maka, dengan mengamalkan makan Garlic Shaklee yang bersifat antikulat yang hebat, ia membantu anda mengurangkan masalah keputihan. Garlic Shaklee juga membantu menguatkan imun tubuh badan anda untuk melawan jangkitan penyakit.
Alfalfa Shaklee

Alfalfa Shaklee
Alfalfa dapat membantu dalam mengatasi masalah keputihan anda kerana Alfalfa juga bertindak sebagai agen antikulat yang kuat untuk membunuh kuman kulat Candida yang merupakan punca utama masalah keputihan.
GLA Shaklee

GLA Shaklee
GLA Shaklee membantu tindakan Alfalfa untuk mengekang kulat Candida daripada merebak dan terus membiak. Selain itu, fungsi lain GLA ialah :
- Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
- Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alahan (allergy), kegatalan, kulit kering, kurap, memperbaiki bintik penuaan
- Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
- Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
JOM LIHAT TESTIMONI SET KEPUTIHAN SHAKLEE

Keputihan tidak seteruk dulu

Alhamdulillah Keputihan dah kurang sangat

Keputihan hilang dalam 2 minggu

Tak sangka keputihan dah hilang
Ini hanyalah sebilangan kecil testimoni Set Keputihan Shaklee. Ada beratus-ratus lagi testimoni hebat yang telah dikongsi oleh wanita yang mengamalkan pengambilan Set Keputihan Shaklee sebagai cara mengatasi Masalah Keputihan.
Semoga perkongsian saya mengenai Punca Masalah Keputihan dan Cara Mengatasi ini sedikit sebanyak membantu anda untuk mencari jalan bagi mengurangkan masalah keputihan yang sedang anda hadapi.
Jika anda berminat untuk mencuba Set Keputihan Shaklee ini, hubungi saya di talian 016-827520 (Pn.Farizah).
Atau anda boleh terus menempah Set Keputihan Shaklee secara online dan Pihak Shaklee sendiri akan poskan terus ke alamat anda. Klik ikon ORDER NOW untuk tempahan Set Keputihan Shaklee.
Set Keputihan Shaklee memang bagus..saya sendiri amalkan untuk kesihatan dalaman
Tq info yang padat di blog puan