iburayyan.com

Berkongsi Rasa dan Kesihatan

  • Home
  • TIPS DAN PETUA
  • KECANTIKAN
  • KESIHATAN
  • PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
  • TESTIMONI PENGGUNA
  • UMUM

Tips Anak Tiada Sembelit

April 15, 2018 by iburayyan Leave a Comment

Tips Anak Tiada Sembelit

Assalamualaikum semua,

Tips Anak Tiada Sembelit || Pernah tidak anda melihat anak anda kelihatan sangat seksa meneran setiap kali hendak membuang air besar? Kadang sampai menangis-nangis semasa hendak membuang air besar gara-gara najisnya keras. Terpaksalah kita memujuk dengan pelbagai cara asalkan dia berasa lega.

Masalah sembelit pada kanak-kanak ini sebenarnya memang sangat biasa terjadi. Sebabnya,kanak-kanak kurang gemar makan sayur dan makanan berserat. Ditambah pula bila anak tidak mahu minum air kosong, maka memang susah hatilah kita sebagai ibunya.

Saya pernah ada pengalaman di mana anak saya langsung tidak mahu makan nasi, sayur apatah lagi minum air kosong. Apa yang diminta cumalah susu, susu dan susu.

Oleh sebab dia langsung tidak mahu makan, maka saya tetap juga memberinya susu dengan harapan sekurang-kurangnya adalah isi perut. Itu ketika dia berusia dalam 1-2 tahun. Sekarang dia sudah berumur 6 tahun.

Alhamdulilah sekarang saya tidak lagi risau apabila dia sendiri sudah pandai minta hendak makan nasi apabila lapar. Boleh makan sayur walaupun bukan semua jenis sayuran.

Kalau tengok dia makan sekarang, selalu cakap dengan suami. Betapa sukarnya hendak memujuk anak ini untuk makan semasa dia kecil dahulu. Bayangkan dalam sehari, kadang langsung dia tak makan. Aduh..kasihan. Sampai kurus kering jadinya.

Berbeza dengan anak kedua dan ketiga, mereka sangat kuat makan. Selalu berselera tanpa perlu dipaksa makan terutamanya anak kedua.

Semua jenis sayur dia makan. Makanan pedas sikit pun dia boleh makan. Jenis makanan yang lembik saja dia tak suka. Puding dan agar-agar semua itu memang dia geli. Haha.

Anak kedua saya berumur 4 tahun manakala yang ketiga berumur 3 tahun. Jarak rapat. Kesemuanya anak lelaki.

Sekarang semuanya kuat selera makan. Sampaikan kadang suami pula risau bila tengok perut mereka semakin buncit. Haha.

Alhamdulillah, saya sebenarnya ada tips anak tiada sembelit dan kuat selera makan. Tips ini memang sangat membantu anda yang sedang mencari cara untuk :

Tingkatkan selera makan anak.

DAN

Anak mudah membuang air besar dan tidak sembelit.

Tipsnya sangat mudah sebenarnya. Cuma bagi anak minum Mealshakes Shaklee. Yup, itu rahsia supaya anak makin berselera makan dan tidak sembelit lagi. Tips inilah juga yang saya mula amalkan setelah puas mencuba pelbagai cara (ketika anak pertama selalu tak mahu makan) supaya anak-anak saya sentiasa berselera hendak makan nasi dan tiada sembelit.

Apa itu Mealshakes Shaklee?

Mealshakes shaklee

Mealshakes Shaklee minuman lazat dan berkhasiat

  • Minuman yang sangat berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein.
  • Mealshakes sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja.
  • Mealshakes merupakan sumber yang baik bagi serat dan protein.
  • Protein membantu membina dan memperbaiki tisu badan. Ia adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan, membekalkan asid amino yang diperlukan untuk penghasilan protein.
  • Mealshakes juga kaya dengan kalsium dan zink. Kalsium membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Zink memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan.

Antara kebaikan lain Mealshake yang anda mesti tahu ialah : 

Mealshakes Shaklee

Mealshakes Shaklee

  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi sarapan / sahur segera untuk sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Mealshakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk “tablet”
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti

Wah, bagus sungguh Mealshakes ini. Sebab itulah saya tidak pernah ‘miss‘ untuk topup Mealshakes setiap bulan. Saya campurkan dalam susu anak-anak setiap pagi dan malam, alhamdulillah memang Mealshakes bagi kesan yang bagus pada kesihatan mereka. Sembelit memang hilang terus!

Jadi kalau anda berminat hendak dapatkan Mealshakes Shaklee ini, boleh hubungi saya.

Pengedar Sah Shaklee

0168427520 Pn.Farizah

Emel : fieza1028@gmail.com

Filed Under: Mealshakes, Set Vitamin Kanak-Kanak Tagged With: anak selalu sembelit, anak sukar membuang air besar, bagaimana cara anak tidak sembelit, Cara anak lawas, cara anak mudah membuang air besar, cara anak tidak sembelit, cara menaikkan selera makan anak, masalah sembelit anak, mealshakes shaklee, najis anak keras, petua anak kuat selera makan, tips anak tidak sembelit

submit url free

Copyright © 2019 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in