IbuRayyanDotCom

Berkongsi Rasa dan Kesihatan

  • Home
  • TIPS DAN PETUA
  • KECANTIKAN
  • KESIHATAN
  • PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
  • TESTIMONI PENGGUNA
  • UMUM

Cara Menghilangkan Selsema Dengan Cepat

February 27, 2017 by iburayyan Leave a Comment

Cara Menghilangkan Selsema Dengan Cepat

Assalamualaikum,

Hi semua! Baru-baru ini, Sabah dilanda ‘musim sejuk’. Kawasan Ranau ada satu ketika mencecah 17 darjah celcius. Sejuk. Sampaikan tak perlu lagi pasang kipas pada waktu malam. Memang sangat sejuk. Sampaikan ramai yang demam dan selsema. Lalu mulalah tercari-cari apa agaknya Cara Menghilangkan Selsema Dengan Cepat kan? Hehe

Apa itu Selsema?

Selsema adalah suatu jangkitan pada hidung dan tekak. Biasanya ia disebabkan oleh virus. Selsema adalah satu penyakit yang sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berusia 6 bulan sehingga 2 tahun. Namun orang dewasa juga diserang selsema.

Hampir semua kanak-kanak kerap dijangkiti selsema dalam setahun dan kadar ini akan meningkat bagi mereka yang tinggal di pusat asuhan kanak-kanak, rumah kebajikan dan sekolah kerana selsema ini mudah berjangkit.

Apakah Gejala Selsema?

Gejala selsema yang biasa adalah :

  • Batuk
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Sukar bernafas
  • Hidung tersumbat, semakin teruk dan berhingus / berkahak
  • Akan bernafas melalui mulut kerana hidung yang tersumbat.

Simptom-simptom Selsema lain ialah :

  • Bersin
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Muntah dan cirit-birit

Apakah rawatan terbaik untuk Selsema?

Selsema adalah satu penyakit kendiri. Oleh itu, tiada rawatan khusus diperlukan dan rawatan dilakukan hanyalah untuk membuatkan anda merasa selesa.

Apa yang perlu anda lakukan apabila Selsema?

  • Rehat secukupnya.
  • Minum banyak air.
  • Mengambil makanan yang cukup zat dan nutrisi.
  • Pemberian paracetamol untuk melegakan demam dan membuat anda selesa
  • Anti-biotik tidak diperlukan.

Cara Untuk Mengurangkan Kadar Jangkitan Selsema :

  • Elakkan terlalu dekat dengan orang yang Selsema.
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas menyentuh hidung.
  • Gunakan sapu tangan atau tisu ketika bersin / mengelap hingus.
  • Ajar anak-anak supaya menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin dan basuh tangan serta merta.
  • Jika anda dijangkiti Selsema, anda hendaklah menjauhi pusat asuhan kanak-kanak atau sekolah untuk mengurangkan risiko jangkitan.
  • Makan makanan berzat dan amalkan gaya hidup sihat.

Cara Menghilangkan Selsema Dengan Cepat

Petua Mudah

1. Elakkan tempat yang sejuk dan pakai jaket tebal.

2. Rehat / tidur daripada masa yang sepatutnya. Misalnya orang dewasa perlu tidur 5-6 jam sehari, maka jika anda sedang selsema, cuba berehat lebih lama.

3. Kerap cuci tangan dengan sabun untuk mengelakkan jangkitan berlaku terutama selepas bersin dan sebagainya.

4. Apabila Selsema, cuba makan dengan lebih kerap. Jangan skip makan kerana badan anda perlukan tenaga untuk melawan virus. Jangan lupa makanan yang dimakan haruslah yang banyak zat.

5. Minum sup yang panas akan membuatkan anda lebih selesa dan bertenaga semasa Selsema. Tambahkan sayur-sayuran dan sumber protein yang cukup dalam menu sup anda.

6. Mandi dan berendam dengan air suam tidak lebih daripada 30 minit. Berendam dengan air suam akan membuatkan anda lebih selesa, tenang dan santai. Sapu minyak kayu putih pada bahagian ubun-ubun, hidung, leher, tengkuk dan bahagian badan yang mudah dinasuki angin.

7. Minum air lemon suam yang dicampur dengan madu. Ia pasti akan membuatkan anda lebih selesa.

8. Makanlah Vitamin C. Vitamin C telah dicadangkan dalam merawat jangkitan pernafasan sejak ianya diasingkan pada tahun 1930-an. Ianya menjadi terkenal pada tahun 1970-an apabila pemenang hadiah Nobel, Linus Pauling membuat kesimpulan daripada kajian terkawal plasebo yang lebih awal bahawa vitamin C boleh mencegah dan mengurangkan selsema biasa. Lebih dua dozen kajian baru telah dijalankan selepas itu. Vitamin C telah dijual dengan meluas dan digunakan sebagai agen pencegah dan perawat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda 🙂

Filed Under: KESIHATAN Tagged With: atasi selsema, Cara menghilangkan selsema dengan cepat, cara merawat selsema, hidung tersumbat, petua menghilangkan hidung tersumbat, rawat selsema dengan vitamin c, Selsema, vitamin c berkesan merawat selsema

submit url free

Copyright © 2018 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in