Set Gastrik Shaklee Bajet
Assalamualaikum semua,
Hari ini saya hendak cerita pasal gastrik, penyebab gastrik, risiko gastrik, tanda-tanda gastrik, cara mengatasi masalah gastrik dan bagaimana set gastrik Shaklee bajet dapat membantu masalah gastrik anda.
Apa itu gastrik?
Penyakit gastrik atau gastritis adalah satu penyakit yang dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati. Ia adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut.
Penyebab Gastrik

Gastrik
Penyakit gastrik ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori, alergi, merokok atau ubat-ubatan (khususnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid).
Selain itu juga, penyebab penyakit gastrik ini boleh menyerang seseorang adalah :

Pengambilan makanan pedas secara berlebihan juga penyebab gastrik
- Pengambilan makanan yang berlebihan pada satu masa.
- Pengambilan makanan yang berlemak, pedas, berkafein, bergas secara tidak terkawal.
- Waktu makan tidak teratur.
- Perokok/perokok pasif.
- Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin.
- Pengambilan alkohol.
Tanda-Tanda Anda Gastrik

Kenali tanda gastrik
Anda kemungkinan besar menghidapi penyakit gastrik jika anda mengalami tanda-tanda seperti :
- Pedih ulu hati
- Perut rasa penuh dan kembung
- Selalu sendawa
- Sakitnya naik ke bahagian kiri dada
- Jika teruk, asid boleh naik ke bahagian atas iaitu esofagus menyebabkan pesakit sesak nafas
Risiko Penyakit Gastrik
Jika anda mengalami gastrik yang terlalu teruk, ia boleh menghasilkan ulser di dalam perut dan boleh menyebabkan pendarahan. Ada pesakit yang mungkin datang ke hospital dengan masalah muntah darah.
Saya teringat tentang cerita seorang sahabat saya di mana beliau kerap mengalami serangan gastrik yang teruk sehinggakan beliau kerap pergi ke bahagian kecemasan di hospital.
Namun begitu, doktor sampai jadi bingung sebab sahabat saya ini sudah pun diberikan preskripsi ubat yang paling kuat untuk masalah gastriknya tetapi masih juga kerap diserang gastrik.
Akhirnya, sahabat saya membuat pemeriksaan menyeluruh dan rupa-rupanya sakit gastrik yang kuat dialami beliau itu adalah disebabkan batu hempedu.

Batu dalam hempedu
Oleh itu, jika anda mengalami masalah gastrik yang teruk dan tidak berkurang walaupun sudah berjumpa doktor, sudah makan supplemen (awas, pilih supplemen yang diyakini ya), sudah mencuba bermacam petua untuk gastrik dan lain-lain, maka anda juga harus membuat pemeriksaan menyeluruh seperti sahabat saya ini.
Cara Mengatasi Masalah Gastrik
Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik ataupun mempunyai tanda-tanda gastrik, anda perlu :
- Elakkan makanan yang berasid dan juga makanan yang pedas. Makanan ini boleh menyebabkan keradangan dan hakisan pada dinding perut.
- Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Ia berfungsi sebagai pelapik kepada dinding perut supaya asid yang dihasilkan oleh perut hanya digunakan untuk menguraikan makanan.
- Berhenti merokok.
- Elakkan daripada stress dan kawal emosi.
Sekiranya anda mengalami masalah gastrik terutama gastrik yang teruk, jangan lupa untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
Ada beberapa jenis ubat untuk gastrik seperti antasid, H2 blocker, proton pun inhibitor dan antibiotik. Namun, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil jenis ubat-ubatan ini.
Atasi Masalah Gastrik dengan Set Gastrik Shaklee Bajet
Anda juga boleh mencuba Set Gastrik Shaklee untuk mengurangkan masalah gastrik.
Anda boleh memilih Set Gastrik Shaklee Premium (set lengkap) ataupun Set Gastrik Shaklee Bajet.

Set Gastrik Shaklee Premium

Set Gastrik Shaklee Bajet
Bagaimana setiap vitamin dalam Set Gastrik Shaklee Bajet / Premium ini dapat membantu mengurangkan masalah gastrik?
ESP SHAKLEE (RM161. 25)

ESP Shaklee
ESP merupakan sumber protein yang tinggi untuk pembentukan sel-sel kulit dan dinding usus yang baru bagi memulihkan semula dinding usus yang telah terhakis akibat gastrik.
Selain itu, ESP membantu mengelakkan pendarahan usus dari berlaku. Ia memelihara ketebalan sel-sel kulit dalaman. Ia juga mempunyai sifat alkali yang tinggi yang boleh membantu meneutralkan asid hidrokolik dalam badan.
ESP juga membantu memulihkan sel kulit luaran supaya tampil lebih cantik, berseri. Wah, ini satu bonus!
OSTEMATRIX SHAKLEE (RM61. 25)

Ostematrix Shaklee
Ostematrix mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang sangat tinggi dan mudah diserap. Ia penting dalam membantu meneutralkan asid yang telah menembusi esofagus dalam perut yang menyebabkan pedih ulu hati.
Ostematrix juga merupakan kalsium yang mudah diserap oleh badan. Kurangnya kalsium juga menjadi penyebab serangan gastrik.
PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE (RM47. 50)

Peppermint Ginger Plus
Peppermint Ginger Plus adalah pudina segar mengandungi halia yang hanya ditanam secara organik di negara beriklim sejuk. Ia berfungsi untuk mengeluarkan angin dalam perut dan mengurangkan asid berlebihan daripada memenuhi ruang dinding perut.
Angin inilah yang membuatkan kita sering muntah jika terkena gastrik yang teruk. Angin terdapat dalam setiap badan individu, cuma kuantitinya sama ada banyak atau sedikit berbeza bagi setiap individu.
Angin juga kekal di dalam perut kerana tingginya asid di dalam perut kita. Bahaya angin adalah kerana ia boleh menyebabkan gas yang boleh menekan urat saraf. Saraf ini begitu dekat dengan jantung dan paru-paru.
Jika tidak dirawat, komplikasi lain yang melibatkan jantung dan paru-paru boleh berlaku dan berlakulah simptom seperti sesak nafas dan sebagainya.
ALFALFA SHAKLEE (RM57. 50 = 330 biji)

Alfalfa Shaklee
Sifat semulajadi alfalfa Shaklee yang beralkali membantu meneutralkan keasidan dan mengurangkan keradangan.
Ia baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut dengan memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
Setiap vitamin dalam Set Gastrik Shaklee ini mempunyai peranan yang penting dalam membantu mengurangkan masalah gastrik anda.
Jangan biarkan penyakit gastrik anda semakin melarat dan bertambah teruk kerana ia akan memudaratkan diri anda.
TESTIMONI SET GASTRIK SHAKLEE

Selamat tinggal gastrik

Alhamdulillah dapat pergi kerja semula

Tiada lagi pedih ulu hati
Untuk membeli Set Gastrik Shaklee ini, anda boleh klik pada link di bawah. Pembelian boleh dibuat menggunakan kad debit ataupun kad kredit.
Jika anda ingin mendapatkan Set Gastrik Shaklee dengan DISKAUN HARGA yang MURAH dan JIMAT, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran pendaftaran sebanyak RM65. Semestinya lebih jimat dan lebih berbaloi. Jom sertai kami hari ini!
Daftar Jadi Ahli Shaklee secara online
Atau
Klik link masuk group whatsapp untuk Shaklee New Register di SINI
Sebarang pertanyaan lanjut, terus hubungi saya :
Emel : fieza1028@gmail.con
Whatsapp ===>> http://iburayyan.wasap.my