Assalamualaikum semua,
Ramai yang bertanyakan tentang apakah Simptom Ada Cyst? Mungkin sebab ramai yang risau pasal cyst terutama apabila keluar berita tentang wanita yang mempunyai Cyst seberat 33kg! Ya, memang menakutkan kalau-kalau kita ada cyst tetapi kita tidak menyedarinya kan.
Apakah Simptom Ada Cyst?

Perut sentiasa penuh dan keras mungkin tanda cyst
Sebenarnya, kadang kala sukar untuk kita mengetahui yang kita ada masalah Cyst. Ada yang rasa sakit perut dan ada pula yang langsung tidak merasai tanda-tanda yang kurang normal.
Malah, ada juga yang hanya mengetahui dia ada masalah Cyst selepas membuat pemeriksaan di hospital. Ini kerana perutnya membesar dan terasa keras. Apabila diperiksa, akhirnya dia disahkan mempunyai Cyst saiznya sudah agak besar dan perlu dibedah. Risau kan bila jadi macam ni.
Pengalaman Saya Sendiri : Simptom Ada Cyst Yang Saya Rasai

Sakit perut simptom ovarian cyst
Saya juga sebenarnya pernah mengalami masalah cyst iaitu Ovarian Cyst.
Ceritanya, pada awal November 2016 saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah /ari-ari. Tidak setiap hari tetapi agak kerap juga. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk-cucuk. Kadang pula, rasa sakit tu macam senggugut tapi asyik sakit tak berhenti. Bila saya mengadu dengan suami, kami risau juga kalau-kalau ini adalah salah satu simptom ada Cyst.
Jadi dipendekkan cerita, bila sudah kerap sangat sakit perut, saya pun mula risau dan akhirnya buat keputusan untuk melakukan pemeriksaan di hospital. Tak mahulah tunggu sampai jadi teruk sangat baru nak ke hospital. Sebab kalau ikutkan kata hati, memang ada rasa something is not right sebab dah kerap sangat sakit.
Tapi sebenarnya ada juga saya terfikir kalau-kalau saya mengandung. Cuma agak mustahillah sebab masa tu saya pakai implanon.

UPT kena buat juga
Masa di hospital (saya pergi hospital kerajaan), doktor minta saya buat Urine Pregnancy Test (UPT). Walaupun doktor tahu yang saya masih pakai implanon (alat perancang kehamilan), tetapi doktor kata mesti juga cek UPT.
Apabila keputusan keluar, ujian UPT negatif. Doktor kata semuanya ok, ujian air kencing pun tak menunjukkan apa-apa yang abnormal. Oleh sebab itu, saya request doktor untuk ‘scan‘ perut sebab memang sangat ingin tahu kenapa perut saya kerap sakit.
Jururawat pun aturkan saya untuk berjumpa dengan doktor pakar sakit puan pada sebelah petangnya.
Akhirnya, apabila doktor ‘scan‘ perut saya (sama macam scan untuk ibu mengandung), doktor bagitahu yang saya ada masalah Ovarian Cyst dan itulah punca saya selalu sakit perut. Doktor tunjukkan kepada saya dan saya nampak ianya berbentuk bulat dan hitam.
Jadi saya pun agak terkejutlah juga. Saya ada Cyst? Macam tak percaya tapi doktor sahkan yang Cyst saya masa tu berukuran 4cm x 4.4cm. Tapi alhamdulillah belum perlu dibedah lagi. Cuma doktor terangkan apa prosedur yang akan dibuat.
Prosedur Selepas Disahkan Ada Ovarian Cyst
- Ujian darah akan dilakukan untuk mengenalpasti jenis Cyst tersebut (sama ada jenis kanser atau bukan).
- Diberikan temujanji iaitu datang selepas 3 bulan untuk ‘scan‘ sekali lagi. Hendak tengok sama ada Cyst tersebut mengecil atau semakin membesar.
- Diberikan ubat penahan sakit. Jika rasa sakit yang amat sangat walaupun selepas makan ubat penahan sakit, segera datang ke hospital.
Selain ubat penahan sakit, doktor tak bagi ubat lain. Cuma 3 bulan kemudian saya kena datang semula untuk pemeriksaan.
Selepas 3 Bulan
Apabila berjumpa doktor 3 bulan kemudian, doktor ‘scan‘ perut untuk tengok Cyst itu sekali lagi sama ada ianya semakin membesar atau semakin mengecil.
Masa ni, saya berjumpa dengan doktor lain, bukan doktor yang mula-mula ‘scan‘ perut saya tiga bulan lepas. Kali ini ada dua orang doktor perempuan bertugas dalam bilik yang sama.
Apabila doktor scan, beliau tak jumpa Cyst saya tu. Doktor hairan sebab katanya mustahil Dr.Clarence (doktor yang scan 3 bulan lepas) boleh salah scan.
Jadi beliau pun minta doktor yang seorang lagi cuba scan tapi dia pun tak jumpa juga. Cyst tersebut memang sudah tiada. Alhamdulillah syukur ya Allah. Lega rasanya.
Doktor ada tanya, ada tidak saya makan ubat-ubatan cara kampung dan saya bagitahu tiada kecuali makan vitamin Shaklee sahaja.
Doktor periksa hasil keputusan darah (sampel darah diambil 3 bulan lepas) dan alhamdulillah doktor bagitahu semua ok, tiada sebarang masalah.
Jadi, doktor pun bagi temujanji sekali lagi untuk 3 bulan kemudian untuk pastikan Ovarian Cyst saya itu sudah benar-benar tiada. Lega juga bila ada pemeriksaan berkala macam ini sebab kita boleh tahu jikalau cyst tersebut masih ada ataupun memang sudah hilang sepenuhnya.
Kesimpulannya, selalulah periksa tahap kesihatan kita. Perhatikan kalau-kalau anda rasa anda juga merasai simptom ada cyst seperti saya. Kalau nak periksa, boleh datang ke klinik swasta dan minta doktor ‘scan‘. Cepat sikit berbanding hospital kerajaan cuma kena bayar mahal sikitlah.
Apapun, lebih baik cegah sebelum derita. Sekurang-kurangnya, bila disahkan tiada Cyst, lega juga hati kan. Oh ya, vitamin yang saya makan sebagai ikhtiar untuk masalah cyst saya ni boleh baca kat SINI.
Mudah-mudahan perkongsian saya tentang Simptom Ada Cyst ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda. Jumpa lagi semua.