iburayyan.com

Berkongsi Rasa dan Kesihatan

  • Home
  • TIPS DAN PETUA
  • KECANTIKAN
  • KESIHATAN
  • PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
  • TESTIMONI PENGGUNA
  • UMUM

Hiasan Dan Susun Atur Bilik Darjah Abad Ke 21

February 27, 2017 by iburayyan Leave a Comment

Hiasan Dan Susun Atur Bilik Darjah Abad Ke 21

Assalamualaikum semua,

Saya yakin dan pasti ramai guru kelas yang masih belum ada kesempatan untuk melakukan Hiasan dan Susun Atur Bilik Darjah Abad Ke 21 kan? Samalah kita. Baru sahaja Sabtu minggu lepas saya ada kesempatan untuk datang ke sekolah untuk menghias kelas.

Walaupun belum sempat menampal apa-apa maklumat, tetapi syukurlah sudah membuat partition untuk sudut mata pelajaran dan lain-lain seperti Parking Lot, sudut Reward, sudut Hasil Kerja Murid, sudut Informasi dan sebagainya.

Pada mulanya memang tiada idea langsung. Saya gunakan bahan-bahan seperti kertas minyak warna kuning, pembalut hadiah, wall paper dan kertas border. Meja murid pula saya cat dengan cat kayu warna hijau.

Alhamdulillah ada jugalah nampak perubahan. Ada bandingan sebelum dan selepas.

Gambar Sebelum

Gambar Selepas

Belum Siap Lagi..

Saya belum ada lekatkan sebarang maklumat mahupun jadual lagi. Tak sempat. Ambil masa setengah hari juga untuk buat partition semua ini. Saya sampai di sekolah jam 12 tengahari. Susah nak datang awal sebab mengurus anak kecil lagi. Tiada pengasuh. Kena tunggu neneknya balik dari kelas mengaji barulah boleh minta tolong mak jagakan sekejap. Maaf ya mak.

Selesai menghias, balik jam 6.00pm. Sampai pekan jam 7pm. Singgah makan dan tutup kedai lagi. Sampai rumah dah pukul 9.30pm. Sorry anak-anak. Ibu sibuk dengan kerja menghias kelas di sekolah. Huhu.

Baiklah. Nanti kalau kelas saya sudah siap dihias dan penuh dengan informasi, insyaAllah saya akan kongsikan lagi ya.

Harap cikgu-cikgu semua pun sudilah bagi pandangan. Apa yang sesuai ditambah. Oh ya, kelas saya paling ramai murid. 40 orang. Tahun 2. Agak mencabar juga hendak pilih susun atur meja paling sesuai dengan abad ke 21.

Akhirnya saya pilih susunan ini.

Bila sudah pilih susunan ini, ada rasa luas sikit dah. Bolehlah guru lalu.

Oklah. Hari ini ada perlawanan bola jaring. Nanti bila saya dah tambah hiasan, saya update lagi ya.

Terima kasih sudi baca.

Jumpa lagi 🙂

 

 

Filed Under: UMUM Tagged With: bagaimana susun atur bilik darjah abad kr 21, contoh hiasan kelas, Hiasan dan susun atur bilik darjah abad ke 21, hiasan kelas abad ke 21, rupa hiasan kelas abad 21, susunan kelas abad 21

submit url free

Copyright © 2019 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in