Cara Tahan Berpuasa Bagi Ibu Mengandung
Assalamualaikum semua,
Cara Tahan Berpuasa Bagi Ibu Mengandung || Tidak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelang tiba. Jika dihitung, rasanya cuma tinggal sebulan sahaja lagi. Wah, cepat sungguh masa berlalu. Anda ibu mengandung? Jika ya, kita satu geng hehe.
Minggu ini akan genap 32 minggu usia kandungan saya. Maknanya 7 bulan. Memang terasa mudah letih, agak sarat, cepat penat dan rasa perut sudah sangat besar. Insya-Allah jangkaan saya adalah pada bulan Jun 2018 ini.
Due date seminggu sebelum raya. Berpantang semasa hari rayalah nampaknya. Ini pengalaman pertama saya berpantang semasa hari raya walaupun sudah anak yang ke empat.
Sempena bulan puasa yang bakal tiba, ramai ibu mengandung yang tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak untuk tidak berpuasa semasa bulan Ramadhan.
Ada yang kata, selagi boleh bertahan untuk terus berpuasa maka wajib bagi kita untuk berpuasa. Tetapi, jika risau memudaratkan bayi dalam kandungan apabila berpuasa, maka boleh untuk tidak berpuasa tetapi wajib diganti puasa tersebut.
Info lebih lanjut mengenai kewajipan wanita mengandung berpuasa semasa bulan Ramadhan boleh baca di SINI.
Ibadah berpuasa merupakan kewajiban setiap muslim, namun bagi kaum Musafir, sakit, hamil dan ibu menyusui, mereka adalah orang-orang yang tidak diwajibkan untuk melaksanakan ibadah puasa.
Akan tetapi, Jika seorang wanita hamil ingin berpuasa kerana mampu dan kuat untuk berpuasa, maka diperbolehkan untuknya selama ia tidak menjejaskan kesihatan diri dan bayi dalam kandungannya.
Saya percaya ramai ibu mengandung yang berasa sihat dan mampu meneruskan berpuasa di bulan puasa. Apa kata saya kongsikan kepada anda tips ataupun cara tahan berpuasa bagi ibu mengandung semasa bulan puasa nanti.
Cara Tahan Berpuasa Bagi Ibu Mengandung di bulan puasa:

Tips berpuasa untuk ibu hamil
- Pastikan anda banyak minum air masak / air kosong dalam tempoh selepas berbuka puasa sehingga waktu bersahur.
- Minum susu segar yang dikisar bersama kurma sewaktu bersahur.
- Pastikan anda mengambil makanan berat semasa bersahur seperti nasi.
- Apabila berbuka puasa, makan secara ala kadar dan jangan sampai terlalu kekenyangan. Anda boleh kerap makan tetapi dalam jumlah yang sedikit sepanjang waktu selepas berbuka hinggalah sebelum tidur. Makan terlalu kenyang akan menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti sesak nafas dan sebagainya, terutama apabila sudah berada di trimester ketiga.
- Elakkan berjalan ketika cuaca panas semasa berpuasa.
- Banyakkan rehat dan pastikan badan tidak terlalu letih.
Selain daripada cara tahan berpuasa ini, anda juga boleh dapatkan tip kesihatan semasa berpuasa bagi ibu hamil di SINI.
Tidak suka makan nasi semasa bersahur?

Ada ibu mengandung yang tidak suka makan nasi semasa bersahur
Saya ada cara mudah bagi anda yang tidak suka makan nasi dan makanan berat semasa bersahur tetapi inginkan makanan berkhasiat yang boleh memberikan anda cukup tenaga untuk tahan berpuasa sepanjang hari.
Ianya dipanggil Minuman Mighty 3 Gems.
Minuman yang sangat disukai oleh semua golongan terutama mereka yang berpuasa termasuklah ibu mengandung. Saya salah seorang daripada golongan ini.
Bukan saja semasa berpuasa, tetapi minuman ini sebenarnya adalah minuman kegemaran yang menjadi sarapan pagi wajib bagi saya setiap hari apabila pergi ke sekolah.
Memandangkan jadual kelas selalu awal pagi dan kadang kala berterusan sehingga 2- 3 jam, maka Minuman Mighty 3 Gems inilah penyelamat saya daripada serangan gastrik.
Hendak minum dan bersarapan di rumah memang tidak sempat. Almaklumlah, anak-anak kecil sangat banyak ragam di kala awal pagi hehe.
Sebab itu, saya akan bancuh minuman ini siap-siap dan minum sebelum masuk ke kelas. Kadang, sempat minum semasa memandu ke sekolah juga.
Boleh lihat apa sebenarnya resipi minuman Mighty 3 Gems ini di SINI.

Ibu mengandung boleh berpuasa
Semoga ibu-ibu mengandung dipermudahkan untuk berpuasa dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba. Insya-Allah kita semua kuat. Sekiranya tidak mampu, maka tidak mengapa.
Pernah seorang doktor berkata kepada pesakitnya ( ibu mengandung yang admit wad ), “Puasa boleh ganti, bayi dalam kandungan awak boleh diganti tak?”. Terkesan apabila mendengarnya.
Oleh itu, ibu-ibu mengandung kena pastikan tahap kesihatan tubuh badan sendiri apabila hendak berpuasa. Jika mampu, berpuasalah. Jika tidak mampu, jangan paksa diri. Islam itu mudah bukan?
Semoga perkongsian Cara Tahan Berpuasa Bagi Ibu Mengandung ini memberi manfaat kepada anda semua. Jumpa lagi!