iburayyan.com

Berkongsi Rasa dan Kesihatan

  • Home
  • TIPS DAN PETUA
  • KECANTIKAN
  • KESIHATAN
  • PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
  • TESTIMONI PENGGUNA
  • UMUM

Punca Masalah Ketidaksuburan

April 4, 2017 by iburayyan Leave a Comment

Punca Masalah Ketidaksuburan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca sekalian,

Punca Masalah Ketidaksuburan || Apa khabar hari ini? Saya doakan semoga anda dipermudahkan segala urusan dan dimakbulkan segala doa. Saya percaya, setiap pasangan suami isteri memang sangat teringin untuk memiliki zuriat. Akan tetapi, kita hanya mampu merancang tetapi Allah jugalah sebaik-baik pemberi Rezeki. Lantas hari ini saya teringin untuk berkongsi tentang Punca Masalah Ketidaksuburan untuk suami isteri di luar sana. Semoga ada manfaatnya untuk anda.

Apa itu Kesuburan?

Masalah kesuburan

Kesuburan penting untuk mendapatkan zuriat

Definisi Kesuburan adalah keupayaan untuk membiak secara semula jadi. Sebagai ukuran, “kadar kesuburan” ialah bilangan anak yang lahir bagi setiap individu, rumah tangga atau kependudukan.

Kesuburan berbeza dengan kefekunan, iaitu potensi untuk membiak (yang dipengaruhi oleh penghasilan gamet, penyuburan dan kemampuan hamil cukup tempoh). Lawan kepada kesuburan ialah kemandulan.

Masalah kesuburan suami isteri

Cukup nutrisi baik untuk kesuburan

Kesuburan manusia bergantung pada faktor-faktor nutrisi, kelakuan seks, budaya, naluri, endokrinologi, masa, ekonomi, gaya hidup, dan emosi.

Sumber : Wikipedia

Apa itu Kemandulan?

Kemandulan

Masalah kemandulan menjejaskan peluang mendapat zuriat

Definisi Kemandulan pula adalah ketidakmampuan menghasilkan anak (persenyawaan). Kemandulan juga boleh merujuk kepada wanita yang tidak dapat mengandung sehingga cukup bulan. Bagi manusia, kemandulan boleh berlaku kepada lelaki dan perempuan.

Penyebab kemandulan bagi lelaki ialah :

  1. Bilangan sperma yang kurang.
  2. Mengalami masalah sukar tegang.

Penyebab kemandulan bagi wanita ialah :

  1. Putus haid.
  2. Saluran peranakan tersumbat.

Sumber : Wikipedia

7 Punca Masalah Ketidaksuburan Lelaki / Suami

Ada beberapa perkara yang menjadi penyebab ketidaksuburan seseorang lelaki. Antara sebab-sebab ketidaksuburan tersebut ialah :

  • Berlaku mutasi genetik.
Apa itu mutasi genetik

Mutasi genetik

Kadang-kadang terdapat mutasi genetik pada lelaki dimana beberapa kromosom lelaki yang tidak normal menyebabkan kesuburan terganggu.

  • Gangguan Hormon

Gangguan hormon juga merupakan masalah utama di mana seorang lelaki boleh mengalami kemandulan.

  • Masalah Varikokel

Kelainan anatomi atau fizikal lelaki juga boleh menjadi penyebab kemandulan.

  • Kelainan Anatomi Bawaan

Kelainan anatomi bawaan sejak lahir juga boleh menjadi penyebab kepada saluran sperma yang tersumbat lalu menyebabkan kemandulan. Pada kelainan ini, saluran sperma tidak terbentuk secara maksimum ketika lahir.

  • Tabiat Merokok
Merokok mengurangkan kesuburan

Merokok mengurangkan kesuburan

Tabiat merokok juga merupakan punca masalah ketidaksuburan lelaki yang utama kerana tabiat merokok boleh mengurangkan kesuburan kerana nikotin bersifat memekatkan darah dan menyebabkan gangguan ereksi. Ini boleh mengakibatkan mati pucuk dan akhirnya mengurangkan kemampuan seseorang lelaki dalam hubungan intim antara suami dan isteri.

  • Tabiat Minum Arak
Tabiat minum arak menjejaskan kesuburan

Tabiat minum arak menjejaskan kesuburan

Mungkin lelaki tidak sedar bahawa tabiat suka minum arak ataupun minuman beralkohol salah satu daripada punca masalah ketidaksuburan diri kerana kesan meminum arak boleh mengurangkan jumlah hormon estosterone yang diperlukan untuk pengeluaran sperma. Selain itu, sinaran yang keluar dari pelbagai jenis alat elektronik juga boleh mengurangkan kepekatan sel sperma sehingga jumlahnya menjadi berkurang.

Gerakan dari sel sperma juga menjadi lemah kerana adanya radiasi dari luar. Oleh itu, ia mengurangkan peluang sel sperma untuk mencapai ovum sebelum mati.

  • Pengambilan Ubat Terlarang
Pengambilan ubat terlarang

Pengambilan Ubat Terlarang (gambar hiasan)

Amalan pengambilan ubat-ubatan terlarang seperti ormoneic, ubat penenang, ubat tahan sakit, dan terapi hormon juga boleh menjadi salah satu penyebab kepada kemandulan lelaki kerana ianya mempengaruhi keadaan dan kestabilan hormon pada tubuh badan lelaki.

8 Punca Masalah Ketidaksuburan Wanita / Isteri

masalah kesuburan isteri

Sukar hamil kerana masalah ketidaksuburan

Ada beberapa perkara yang menjadi penyebab ketidaksuburan seseorang wanita. Antara penyebab ketidaksuburan tersebut ialah :

  • Saluran Telur atau Ovari Tersumbat
 saluran ovarium tersumbat

Saluran telur tersumbat

Saluran telur atau ovari boleh mengalami penyumbatan atau penutupan akibat penyakit berjangkit seksual dan radang pelvis yang menyebabkan sel telur tidak dapat ditemui oleh sel sperma.

  • Masalah Cyst
 cyst

Masalah Cyst

Masalah Cyst juga boleh menyebabkan saluran telur tersumbat yang menyebabkan kesukaran untuk hamil. Cyst merupakan tumor jinak yang tumbuh pada dinding saluran telur. Cyst berupa benjolan berisi air dan kadang-kadang ianya ketulan berbentuk seperti sekumpul buah anggur. Cyst tidak merebak ke bahagian tubuh badan lain dan boleh diatasi dengan mudah dengan pembedahan.

Saya pernah disahkan menghidapi masalah Cyst apabila kerap berasa sakit di bahagian bawah perut. Apabila diperiksa melalui scan, doktor mengesahkan ianya masalah Cyst. Ia berukuran 4cm x 4.4cm. Namun, selepas 3 bulan kemudian, Alhamdulillah Cyst tersebut telah hilang dan tidak perlu dibedah.

  • Masalah Endiometriosis
endometriosis

Masalah Endometriosis

Endometriosis adalah radang yang berkaitan dengan hormon estrogen. Ia berupa pertumbuhan tisu endometrium yang disertai perambatan pembuluh darah, sehingga menonjol keluar dari rahim (pertumbuhan ectopic) dan menyebabkan pelvic pain.

  • Ketidakseimbangan PH 

Keadaan kesihatan reproduksi wanita juga sangat mempengaruhi kesuburan. Kita tahu bahawa PH normal bagi lendir serviks ialah 3.5 hingga 5.5 PH.

Jika keseimbangan terganggu dan persekitaran lendir leher rahim menjadi terlalu berasid, maka sperma akan mudah mati. Jika lendir terlalu kental, pergerakan sperma juga menjadi terhad. Jika sperma tidak akan membuahi sel telur dalam masa dua hingga tiga hari, maka sperma boleh mati.

  • Berat Badan Berlebihan
kesuburan wanita gemuk

Berat badan mempengaruhi kesuburan

Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau BMI yang tidak seimbang cenderung mengalami masalah kemandulan dan ia adalah salah satu daripada punca masalah ketidaksuburan yang kurang disedari oleh ramai wanita. Ketika haid, wanita memerlukan 17% lemak tubuh pada awal tempoh, dan 22% sepanjang tempoh haid.

Lemak digunakan tubuh wanita kerana mengandungi enzim aromatase yang diperlukan dalam pengeluaran hormon estrogen. Jika lemak terlalu sedikit, maka kesuburan akan berkurang.

  • Peningkatan Usia
kesuburan wanita berusia

Usia mempengaruhi kesuburan

Usia juga menjadi faktor yang mengurangkan kesuburan seseorang wanita. Wanita menjadi kurang subur ketika memasuki usia 35 tahun. Pengurangan tahap kesuburan ini akan terus berlaku hingga akhirnya terjadi menopause. Menopause ialah berhentinya kitaran haid secara fisiologi.

Hal ini berkaitan dengan berkurangnya pengeluaran hormon yang digunakan untuk merangsang pembentukan sel telur pada wanita.

  • Menopaus

Proses pra-menopause berlaku secara umumnya ketika wanita mencapai usia 40 tahun. Hal ini tidak boleh terjadi pada lelaki kerana lelaki akan sentiasa menghasilkan sperma secara berterusan sepanjang hidupnya.

  • Stress / Tekanan
kesuburan wanita berkerjaya

Stress mempengaruhi kesuburan wanita

Keadaan mental dan emosi seseorang wanita juga mempunyai peranan yang sangat besar sebagai punca masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Wanita pada masa kini sentiasa sibuk dengan rutin harian yang menyebabkan keletihan fizikal dan mental. Disebabkan itu, wanita sangat cenderung untuk berasa selalu tertekan (stress).

Stress boleh menyebabkan gangguan ovulasi yang menyebabkan kualiti sel telur tidak maksimum. Begitu juga kepada lelaki,  stress memberi kesan yang sama pada kualiti sel sperma.

Stress juga menyebabkan kejangnya saluran telur dan menyebabkan terganggunya perpindahan sel telur. Selain itu, stress juga mengurangkan keinginan untuk melakukan sexual intercourse sekaligus mengurangkan peluang untuk hamil kerana jarang melakukan hubungan intim antara suami isteri.

suami isteri

Berbincanglah antara suami isteri

Maka, dengan perkongsian saya mengenai Punca Masalah Ketidaksuburan lelaki dan wanita ini, semoga ianya akan memberi manfaat kepada semua. Pastikan anda mencari jalan penyelesaian sekiranya salah satu daripada punca masalah ketidaksuburan di atas bersangkut paut dengan kehidupan anda.

Sekiranya anda merokok, maka berusahalah untuk berhenti merokok. Ianya baik untuk kesihatan anda malah terbaik untuk kesihatan seisi keluarga anda.

Jika anda ingin mencari cara atau jalan untuk meningkatkan kesuburan diri suami dan isteri, bacalah tentang Mudahnya Meningkatkan Kesuburan di SINI.

Semoga berjumpa lagi dalam artikel menarik yang akan datang. Jumpa lagi!

Filed Under: KESIHATAN Tagged With: cara meningkatkan kesuburan, faktor tidak subur, kenapa lambat hamil, kenapa lambat mengandung, kenapa lelaki tidak subur, kenapa suami tidak subur, kenapa wanita tidak subur, kesuburan lelaki, kesuburan suami isteri, kesuburan wanita, masalah sukar hamil, masalah sukar mengandung, penyebab tidak subur, punca isteri sukar hamil, punca isteri tidak subur, punca masalah ketidaksuburan, punca suami tidak subur

submit url free

Copyright © 2019 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in