IbuRayyanDotCom

Berkongsi Rasa dan Kesihatan

  • Home
  • TIPS DAN PETUA
  • KECANTIKAN
  • KESIHATAN
  • PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
  • TESTIMONI PENGGUNA
  • UMUM

Haid Berpanjangan Kerana Implanon

March 8, 2017 by iburayyan 4 Comments

Assalamualaikum dan Salam ibu-ibu gojes!

Hai! Awal pagi dalam perjalanan hendak ke sekolah boleh tulis satu entri pasal Haid Berpanjangan Kerana Implanon. Siapa yang pernah mengalami keadaan seperti ini? Saya salah seorang daripada anda 😃

implanon

Implanon adalah salah satu alat perancang kehamilan untuk ibu

Walaupun begitu, tidak semua ibu-ibu yang memakai implanon sebagai perancang keluarga akan mengalami haid berpanjangan kerana implanon ini. Dua orang kakak saya hanya datang haid dengan darah yang berwarna gelap dan sangat sedikit. Malah tempoh haidnya juga tidak lama.

Begitu juga dengan seorang rakan guru di sekolah saya, beliau juga demikian. Haidnya jarang dan bila datang haid pula, darahnya hanya secalit serta berwarna gelap. Dalam sehari dua sahaja lalu haidnya berhenti.

Image result for darah haid berpanjangan

Darah haid berpanjangan kerana implanon

Ada yang kata seronok kalau darah haid sedikit saja dan tempohnya sekejap. Bagi saya, saya lebih suka bila darah haid keluar seperti biasa tetapi dalam jangkamasa yang normal iaitu 3-7 hari. Inilah kitaran haid saya dahulu sebelum memakai implanon.

Saya akan datang haid secara teratur iaitu dalam kitaran setiap 28-30 hari. Tempoh haid pula ialah 5-7 hari. Senang hendak tahu apabila saya hamil. Bila lewat haid beberapa hari saja, confirm hamil. Anak pertana, kedua dan ketiga. Semuanya begitu  hehe.

Pasang Implan Julai 2015

cara pasang implanon

Pemasangan implanon ( Sumber Google)

Saya mula memasang implan pada bulan Julai 2015. Anak ketiga saya lahir pada bulan 18 April 2015. Kenapa saya pasang implan adalah kerana risau jikalau hamil lagi dalam jarak yang dekat. Sebabnya, saya mengandung anak yang ketiga pada usia anak kedua saya baru mencecah 4 bulan. Pergi berklinik pun orang ingatkan sebab anak yang kedua. Rupa-rupanya sebab sedang hamil hehe.

rupa implanon

Inilah rupa implanon

Harga implanon masa saya pasang dahulu adalah RM500 di klinik swasta. Hospital kerajaan memang tiada sediakan perkhidmatan ini. Mahal! Tapi RM500 belum termasuk krimnya lagi. Bila bayar, rasanya dalam RM550 juga haha. Kalau di Ranau, mungkin bagus pergi di Klinik Tracy. Rasanya nett RM500 cuma tiada diberikan krim dan lain-lain (kata kakak saya). Saya pasang di klinik lain.

Wajib Datang Haid Dulu

upt negatif

Pastikan anda tidak hamil semasa memasang                                               implanon

Kalau anda hendak pasang implanon, anda wajib datang haid dulu sebab untuk pastikan yang anda tidak mengandung. Semasa saya datang ke klinik bertanyakan pasal pemasangan implan ini, doktor bagitahu begitulah.

Kebetulan masa ini saya memang belum datang haid lagi selepas bersalin. Jadi, doktor suruh cek UPT untuk pastikan yang saya tidak mengandung. Selepas itu, doktor bagi dua pilihan sama ada saya tunggu sehingga datang haid baru pasang implan ataupun doktor bagi ubat turun darah supaya datang haid.

Doktor bagi ubat turun darah ini tapi saya tidak makan. Alhamdulillah tiga hari kemudian, saya period secara semulajadi tanpa perlu makan ubat. Doktor ada bagitahu, masa paling sesuai untuk pasang implan adalah sewaktu datang haid iaitu hari 1-4. Jadi, saya sejak period hari pertama lagi sudah ke klinik minta doktor pasangkan implan.

Pasang Implanon Tidak Menyakitkan

adakah implan menyakitkan

Pemasangan implanon tidak menyakitkan

Pasang implanon ini tidaklah menyakitkan walaupun bila tengok jarumnya tu agak besar juga. Masa doktor masukkan implan ini, dia bius. Jadi tidak terasa sakit langsung.

Image result for implanon

Gambar google juga sebab sama sahaja hehe

Prosesnya pun sekejap sangat. Rasanya tak sampai pun 10 minit termasuk segala persediaan. Implan saya dimasukkan di bawah lengan sebelah kiri.

Adakah Implanon Mudah Patah?

implanon boleh patah

Implanon tidak mudah patah

Doktor kata implan ini tidak mudah patah. Jadi tidak risaulah. Cuma, mula-mula tu masih terasa janggal. Nak dukung anak pun masih risau kalau-kalau patah implanon ini. Rupanya memang betul. InsyaAllah selamat dan tidak mudah patah.

Kesan Selepas Memakai Implanon

Selepas memakai implanon ini, saya tidak datang haid selama 9 bulan. Bulan yang ke-10, saya period. Pada hari pertama period, darah haid hanya sedikit dan berwarna gelap kehitaman. Mungkin sebab lama tidak period, begitulah warnanya. Masuk hari ke-7 period, barulah darah haid berwarna merah. Haid saya berpanjangan sampai hari ke 15. Masa ini risau juga.

Pandangan Doktor 

kesan implan

Doktor kata, implan memang ada kesannya

Doktor kata, antara kesan memakai implanon sebagai alat perancang kehamilan ialah:

  • Tidak datang haid langsung.
  • Datang haid tapi darah sedikit sahaja dan berwarna kecoklatan.
  • Haid berpanjangan kerana implanon.
  • Kitaran haid tidak normal seperti biasa.

Ada juga yang menceritakan pengalamannya iaitu, dalam sebulan hanya 1 minggu sahaja dia tidak ada darah haid. Selebihnya, dia period. Wah, ini lagilah merisaukan. Akhirnya, dia buka implanon tersebut. Rugi juga sebab harganya mahal. Tapi, kalau tidak serasi dengan badan, lebih baik buka sahajalah.

Haid Saya Berpanjangan Sehingga 15 Hari

Bagi saya pula, kitaran haid saya datang setiap 2 bulan. Setiap kali period, darah haid berpanjangan sehingga istihadah (lebih 15 hari). Namun, paling lama ialah dalam 18-19 hari. Setakat ini begitulah. Harap-harap tidak akan lebih lama dari itu. Sebabnya, susah sikit bila hendak solat. Tambah lagi rasa tak selesa.

Implanon Saya Tamat Tempoh Pada Julai 2018

kad implan

Sumber Google : Malas nak selongkar cari kad saya. hehe

Implanon saya akan tamat tempoh pada Julai 2018. Tahun depan. Maknanya ada lagi dalam 1 tahun 6 bulan. Tempohnya pakai ialah maksimum 3 tahun. Doktor kata, sekarang sudah tiada lagi yang 5 tahun. Tapi, oklah 3 tahun.

Sekarang ini pun sudah ada perasaan hendak buka. Pertama, sebab tidak selesa apabila haid berpanjangan kerana implanon. Kedua, sebab rindu hendak mengandung lagi hehe. Tapi, tunggu dululah. Biar Rizqi besar sikit. Mudah-mudahan anak ke-4  nanti dapatlah anak perempuan. Kalau dapat kembar seiras anak perempuan lagi, seronoknya! Doakanlah. hehe.

Baiklah, itu sahaja perkongsian saya tentang Haid Berpanjangan Kerana Implanon. Kalau anda mengalami masalah yang sama dan berasa sangat tidak selesa, berbincanglah dengan doktor anda ya. Sama ada anda hendak bertukar kepada alat perancang kehamilan yang lain atau sebaliknya. Good luck mommies!

 

Filed Under: KESIHATAN Tagged With: adakah implan menyakitkan, adakah implanon bagus, cara implan dipasang, cara pemasangan implanon, haid berpanjangan, haid berpanjangan kerana implanon, implan untuk merancang, implanon, istihadah, kesan alat perancang kehamilan, kesan buruk implanon, kesan implan terhadap haid, kesan implanon, kesan sampingan implanon, masalah memakai implanon, tidak datang haid kerana memakai implan, tidak period kerana implanon

submit url free

Copyright © 2018 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in