Assalamualaikum dan salam sayang,
Pengedar Shaklee Sibu : Tanda Hamil Yang Disangka Tanda Hendak Period PART 2
Maaf sangat kerana baru berkesempatan untuk update entri Tanda Hamil Yang Disangka Tanda Hendak Period PART 2 ini. Banyak kekangan terutamanya dari segi masa dan kesihatan yang kurang mengizinkan diri ini untuk ‘merajinkan’ diri menulis (alasanlah tu. Hehe).
Baiklah, saya sambung ceritanya.
Percayalah Naluri Keibuan Anda
Ya, naluri seorang ibu itu tidak dapat dinafikan. Naluri dan firasat seorang ibu selalunya betul. Ianya umpama suatu perasaan yang sangat kuat dan walaupun kita merasakan bahawa ianya adalah mustahil, tetapi jauh di sudut hati kita tetap merasakan bahawa ianya betul.
Naluri saya kuat mengatakan saya mengandung. Walaupun UPT asyik negatif. Apa yang menguatkan lagi rasa itu ialah apabila period saya lewat.
Sebabnya, memang period saya jenis teratur setiap bulan tanpa gagal hehe. Begitulah juga dengan kehamilan yang lepas-lepas. Period lewat saja, i’m pregnant!
Sakit Perut Yang Amat Menyakitkan
Pada hari ke 4 saya lewat period, saya tidak lagi bercadang mahu membuat UPT atau ke klinik kerana ingin tunggu sehingga 2 minggu lagi,barulah membuat UPT semula memandangkan UPT sebelum ini asyik negatif.
Tetapi, oleh kerana semasa dalam perjalanan balik dari sekolah, perut saya tiba-tiba terasa sangat sakit dan mencucuk (jalan yang tidak rata / gravel menambahkan rasa sakit apabila terhentak), maka saya ke hospital pada petang itu juga.
Di Hospital Ranau, saya pun mendaftarlah di kaunter pesakit luar. Tunggu giliran berjumpa doktor. Di bilik doktor, saya terangkan tentang sakit yang saya alami.
Doktor bertanyakan tentang period. Apabila saya bagitahu lewat 4 hari, beliau bertanyakan sama ada saya ada buat UPT atau tidak. Saya bagitahu ada dan ianya negatif.
Namun, doktor minta saya buat UPT sekali lagi di hospital. Maka, saya pun ke kaunter sekali lagi bagitahu hendak buat UPT. Agak terkejut juga sebabnya sekarang buat UPT di hospital kerajaan kena bayar RM5. Dahulu tidak.
Rasanya sistem bayaran ini baru saja dilaksanakan. Masa ini, saya fikir..wah, ekonomi negara semakin meruncingkah? Takutnyaaa.hehe. Ala, kira masih murahlah tu RM5 kan.
UPT Negatif atau Positif?
Dah buat UPT, saya pun menunggulah keputusannya sambil berwasap dengan suami. Apabila nombor saya dipanggil, dengan penuh debaran saya pun mengambillah borang tadi. Bila nampak sahaja perkataan ‘UPT POSITIVED‘, ‘arrghh’ (tak jerit kuat hehe) saya terkejut sambil keluar air mata terharu. Huhuu..
Masa ni teringat dengan suami yang nun jauh di Sarawak sana. Dia juga menunggu keputusan ni sebab saya dah maklumkan yang saya ke hospital. Saya tersenyum apabila terbayang dia pun pastinya akan terkejut sama macam saya bila tahu UPT positif. Hihi.
Masuk saja ke bilik doktor, beliau ucapkan TAHNIAH bila nampak keputusan UPT tersebut. Kemudian, doktor bagitahu hendak buat scan perut lagi.
Memandangkan pundi kencing saya dah kosong, doktor minta saya minum air banyak-banyak dan selepas 30 minit akan dipanggil semula. Lamanyaa..huhu. Sempatlah juga saya ke kantin hospital mengisi perut yang kelaparan.
Tiba masanya doktor scan, alhamdulillah semuanya ok dan tiada masalah. Kandungan juga bukanlah kandungan di luar rahim. Jadi, mungkin sakit yang saya rasakan itu adalah kerana rahim yang sedang mengembang.
Masa ni, kandungan sudah 5 minggu. Doktor suruh buka buku di Klinik Ibu dan Anak keesokan harinya juga. Jangan berlengah katanya. Rupanya, buka buku lebih awal lebih bagus supaya doktor boleh periksa kandungan kita jika ada sebarang masalah. Maka, dapatlah saya MC sehari untuk esok.
Alhamdulillah, terungkai sudah mengenai UPT saya yang negatif walaupun period lewat. Cuma kali ini, lewat 4 hari akhirnya UPT positif bila cek di hospital. Mudah-mudahan entri tentang Tanda Hamil Yang Disangka Tanda Hendak Period PART 2 ini sedikit sebanyak menceriakan anda yang sedang mengalami pengalaman yang serupa.
Selepas ini, insya-Allah saya hendak ceritakan pula tentang dokumen apa yang diperlukan apabila ‘booking’ klinik / buka buku klinik di KKIA, macamana alahan semasa awal mengandung, masalah yang saya hadapi dan rezeki anak yang membawa khabar gembira.
Amalan Supplemen Untuk Kesihatan
Ohh ya, hendak tahu tak supplemen apa yang saya amalkan sebelum hamil ni? Saya makan vitamin asas ( Vitalea, Vita C, B-Complex), vitamin untuk kulit ( Vita E), vitamin untuk lawas, bersihkan usus dan perut tak buncit ( Herblax), badan kurang lenguh dan cukup kalsium ( Ostematrix), minuman kegemaran iaitu merangkap sarapan pagi saya sebelum ke sekolah ( ESP + Mealshakes + Performance Drink).
Wah, macam banyak kan? Saya perlukan supplemen ini sebabnya saya perlukan kekuatan apatah lagi PJJ dengan suami sambil menjaga 3 orang anak lelaki yang masih kecil, sambil menguruskan pula kedai mainan. Siapa yang PJJ dengan, pasangan, mereka sangat memahami huhu.
Kesibukan tugas sebagai ibu, sebagai bos kedai dan tugas hakiki sebagai seorang guru memang membuatkan pemakanan saya selalu tidak menentu. Maka, supplemen Shaklee memang tidak saya tinggalkan (saya makan sejak 2013).
Semoga ibu-ibu yang PJJ juga kuat menghadapi ujian.
Semoga anda yang inginkan zuriat dikurniakan pengalaman hamil dan anak-anak yang comel, sihat sempurna dan soleh /solehah.
Jika ingin order supplemen Shaklee, hubungi saya di talian 016-8427520 Farizah Hamid.
Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini. Jumpa lagi semua..