iburayyan.com

Berkongsi Rasa dan Kesihatan

  • Home
  • TIPS DAN PETUA
  • KECANTIKAN
  • KESIHATAN
  • PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
  • TESTIMONI PENGGUNA
  • UMUM

Rasa Panas Dan Kuat Berpeluh Semasa Hamil

April 12, 2018 by iburayyan 2 Comments

Assalamualaikum ibu-ibu yang sedang hamil,

Ada tidak anda rasa panas dan kuat berpeluh semasa hamil? Saya yakin dan percaya, hampir semua ibu hamil selalu berasa panas dan kuat berpeluh terutama di akhir trimester kandungan.

Saya salah seorang daripada ibu hamil yang selalu  rasa panas dan kuat berpeluh semasa hamil. Stress tau! Hehe.

Semasa Trimester 1, asyik rasa kesejukan

Dahulu, semasa awal kandungan yakni masih dalam trimester pertama terutama ketika usia kandungan baru 6-12 minggu, saya selalu berasa sejuk. Suami kata panas, saya pula kesejukan.

Suhu kipas kalau dah sampai 3 pun saya sudah sangat kesejukan sehinggakan saya selalu minta suami perlahankan kipas. Angka 1 lebih bagus. Kadang-kadang saya tutup saja kipas. Kasihan suami berpeluh-peluh hendak tidur.

Trimester 3, asyik rasa panas dan berpeluh

Tapi sekarang, apabila sudah trimester ketiga iaitu 31 minggu, tiada lagi rasa sejuk seperti awal-awal kandungan dahulu. Siang dan malam saya asyik rasa panas dan kuat berpeluh.

Cuma, paling tidak seronok apabila suami kata saya berbau masam. Walaupun saya baru saja lepas mandi, tak sampai 5 minit sudah berpeluh-peluh.

Apatah lagi jika saya minum air, ataupun buat kerja rumah seperti menyapu. Fuh, basah lencun! Sampaikan suami kata, “badan awak mungkin sangat berasid ni sayang”. Amboi! Banyaklah asidnya.

Wanita hamil memang asyik rasa panas dan kuat berpeluh

Rasa panas semasa hamil

Sentiasa berasa panas semasa hamil

Wanita mengandung memang macam ini. Saya, sejak mengandung anak pertama dulu lagi memang selalu rasa panas dan kuat berpeluh semasa hamil. Tapi rasanya kali ini lebih kuat berpeluh lagi.

Atau mungkin sebab cuaca yang berbeza. Dulu bekerja di Sabah, sekarang berhijrah sementara ke Sarawak. Almaklum, ikut suami ke mana saja.

Bersamamu..walau di mana jua..(nyanyi macam lagu DIGI dulu tu. Hehe)

Sekarang, paling saya tak suka ialah selepas minum air. Bila minum air saja, peluh keluar bagai mencurah-curah. Fuh..kalau minum air sebelum masuk ke kelas, ditambah pula kelas diajar itu kipasnya perlahan yang amat, habislah saya basah lencun oleh peluh.

Adoi, mood hendak mengajar pun sudah ke laut. Boleh habis sekotak tisu rasanya asyik mengelap peluh. Jadi sekarang saya kena pastikan saya minum air hanya apabila ada kipas yang kuat dekat dengan saya.

Lagi bagus kalau dapat menumpang mana-mana bilik yang ada aircond. Bilik guru besar pun jadilah. Haha.

Apa penyebab rasa panas dan kuat berpeluh semasa hamil?

Melalui apa yang dibaca :

Tubuh wanita mengalami banyak perubahan termasuk perubahan hormon.

1. Kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas.

2. Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasapanas.

Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh  janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas.

3. Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu selalu berasa panas.

Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit.

Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.

4. Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu.

Dalam situasi yang serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan ibu-ibu pitam dan pengsan.

Alamak, ini merisaukan kalau sampai pengsan. Saya pun kadang rasa sangat panas sampaikan tidak selesa, sesak nafas dan sangat rimas. Jadi kena selalu pakai pakaian longgar dan selesa yang sesuai untuk ibu hamil.

Apa cara untuk sejukkan badan?

Penyebab rasa panas semasa hamil

Sejukkan badan untuk melegakan rasa panas semasa hamil

Jika selalu rasa panas dan kuat berpeluh semasa hamil, bolehlah ikuti tips ringkas ini :

  1. Pakai pakaian yang selesa, longgar dan menyerap peluh.
  2. Elakkan daripada melakukan aktiviti yang membuatkan anda berpanas misalnya bertugas di padang semasa hari sukan dan sebagainya.
  3. Hindari tempat yang panas dan cari tempat selesa untuk berehat.
  4. Sejukkan badan seperti mandi atau berehat di tempat / bilik yang ada penghawa dingin.
  5. Banyakkan minum air.
Penyebab rasa panas semasa hamil

Pastikan anda kerap minum air semasa hamil

Saya suka sangat minum air semasa hamil terutama apabila rasa sangat panas. Bila rasa panas, terasa sangat dahaga. Air sejuk jugalah yang melegakan. Fuh!

Apapun, bertabahlah kita sebagai ibu hamil. Memang akan selalu rasa panas dan kuat berpeluh semasa hamil tetapi nanti bila sudah bersalin, insya-Allah akan rasa lebih lega kerana sudah kembali kepada kondisi tubuh biasa (tidak mengandung).

Saya doakan agar segala urusan kita sebagai ibu-ibu hamil selalu dipermudahkan. Anda bila jangkaan bersalin?

Jangkaan saya insya-Allah bulan Jun 2018 nanti. Berpantang masa rayalah nampaknya. Apa boleh buat. Orang kata lain kali timing kena bagi ‘ngam’. My Calendar kan ada. Hehe..

Baiklah, jumpa lagi semua! 💓💓

 

Filed Under: KEHAMILAN Tagged With: ibu mengandung, Kenapa ibu hamil selalu berasa panas, kenapa ibu mengandung berasa panas, kenapa ibu mengandung kuat berpeluh, kuat berpeluh semasa mengandung, penyebab ibu mengandung rasa panas, Penyebab rasa panas semasa hamil, rasa panas dan kuat berpeluh semasa mengandung

submit url free

Copyright © 2019 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in