Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Set Mengandung Shaklee || Hai mommies, tahniah kerana sedang hamil! Pastinya ia adalah cahaya mata yang ditunggu-tunggu oleh anda dan suami. Jadi, untuk kandungan ini apa salahnya mencari Set Mengandung ataupun Set Hamil yang terbaik untuk anda dan juga bayi dalam kandungan. Jika anda memang mencari Set Mengandung Shaklee, maka anda sudah membuat pilihan yang bijak!
Mengapa Mesti Pilih Set Mengandung Shaklee?

Set Mengandung Shaklee
Set Mengandung Shaklee adalah 100% semulajadi, TIADA bahan pengawet dan 100% menepati serta memenuhi semua keperluan ibu mengandung. Jadi, jika anda seorang yang tidak suka atau jarang mengamalkan makan sayur serta buah-buahan, amalan pemakanan yang tidak mencukupkan keperluan nutrisi harian anda apatah lagi ketika sedang hamil, maka Set Mengandung Shaklee ini adalah set kehamilan yang anda MESTI AMBIL.
Dengan Set Mengandung Shaklee ini, anda akan mendapat nutrisi yang secukupnya sepanjang tempoh kehamilan. Pastikan anda turut menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakanan harian yang seimbang. Janganlah pula setiap hari makan Pizza, McDonald, Burger King dan lain-lain yang sewaktu dengannya saja ya hehe. Macam tak cukup nutrisi pula saya tengok.
Untuk pengetahuan anda, zat nutrisi yang sangat penting dan diperlukan semasa kehamilan anda untuk membantu pertumbuhan bayi ialah Asid Folic, Protein dan Omega 3.

Nasihat Doktor untuk wanita hamil
Set Mengandung Shaklee Mengikut Trimester
Trimester 1 : Usia Kandungan 1 hingga 3 bulan

Set Mengandung Shaklee : Trimester 1
- Vitalea (Multivitamin yang lengkap dengan zat besi / iron)
- B-Complex (Asid Folic)
- Vitamin C
- Ostematrix ( Pil Kalsium yang lengkap dengan magnesium)
Trimester 2 dan 3 : Usia Kandungan 4 hingga 9 bulan

Set Mengandung Shaklee : Trimester 2 & 3
- Vitalea (Multivitamin yang lengkap dengan zat besi / iron
- B-Complex (Asid Folic)
- Vitamin C
- Ostematrix ( Pil Kalsium yang lengkap dengan magnesium)
- Omega Guard ( Minyak Ikan yang membantu pertumbuhan otak bayi)
Mahukan sumber protein yang membuatkan anda lebih cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan?

ESP Shaklee
Jangan lupa add on Energizing Soy Protein (ESP). ESP ini adalah minuman yang paling saya suka minum sama ada hamil atau tidak. Memang buatkan kita rasa kenyang, elak perut berangin bila lambat makan dan paling penting, rasa bertenaga saja. Paling penting, ESP bantu penyerapan semua zat. Memang seronok!
Apa Kelebihan Setiap Vitamin Dalam Set Mengandung Shaklee ini?
Setiap vitamin dalam Set Mengandung Shaklee ini ada kelebihannya sendiri yang membantu ibu-ibu mengandung mendapat cukup zat untuk pertumbuhan bayi.
Vitalea Shaklee

Vitalea ( Iron)
Vitalea Shaklee ini wajib ada dalam Set Mengandung Shaklee anda sama ada jika anda dalam Trimester 1, 2 ataupun 3.
- Vitalea ini merupakan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (iron). Apabila anda mengamalkan Vitalea, insya-Allah anda akan cukup HB sepanjang kehamilan.
- Tahukan? Setiap kali buat check-up kandungan di klinik, nurse akan cek HB anda. Kalau 11 dan ke atas, memang cantik. Tapi, kalau HB anda di bawah 11, maka bersedialah untuk dicuci telinga hehe.
- Saya dulu ada juga makan iron tablet yang diberi oleh klinik, tapi memang sembelit teruk huhu. Alhamdulillah bila ambil Vitalea Shaklee pula, tiada masalah sembelit.
- Ibu mengandung yang ada masalah anemia / kurang darah boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Malah, juga berisiko apabila hendak bersalin kelak. Jadi, memang pengambilan mutivitamin ini sangat penting semasa anda mengandung.
P/S : Anda yang menghidap Talasemia (major) tidak boleh mengambil Vitalea ya.
B-Complex ( Lengkap dengan Asid Folic)

B-Complex ( with folic asid)
- Disarankan makan B-Complex ini 3-6 bulan sebelum mengandung lagi.
- B-Complex ini lengkap dengan Asid Folic dan 8 kandungan B.
- Bagi anda yang belum tahu, asid folic ini sangat penting untuk pembinaan tulang, mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi seperti ‘spina bifida‘. Baca lebih lanjut mengenai spina bifida di SINI.
- Keperluan asid folic bagi ibu mengandung ialah 200-400 mcg setiap hari ( 1 – 2 biji B-Complex).
Vitamin C Sustained Released

Vitamin C SR
- Penting untuk pertahanan tubuh. Mengurangkan risiko seperti jangkitan selsema, demam dan lain-lain. Pendek kata, penting untuk tingkatkan imunisasi tubuh ibu.
- Membantu penghadaman ibu mengandung.
- Membantu proses pembinaan kolagen (wah, dapat bonus cantik!hehe) serta menguatkan sel-sel tisu dalam badan.
- Paling penting, pengambilan Vitamin C adalah penting untuk membantu penyerapan zat besi. Jadi, bila ambil Vitalea, ambil sekali dengan Vitamin C. Memang nurse selalu pesan saya ambil iron tablet sekali dengan minuman jus oren. Tapi sekarang mudah, telan saja 2 jenis vitamin ini serentak hehe.
Ostematrix

Ostematrix (Kalsium)
- Ingin kurangkan kejang kaki (cramp) semasa mengandung? Amalkan Ostematrix @ pil kalsium Shaklee.
- Mahu elak sembelit semasa mengandung? Jangan skip makan Ostematrix setiap malam sebelum tidur.
- Pengambilan kalsium semasa hamil ini penting untuk pembinaan tulang dan gigi bayi tanpa mengganggu / mengambil kalsium si ibu.
- Ostematrix juga membantu membaiki rangsangan urat saraf serta mengelakkan kekejangan otot.
- Ostematrix juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Omega Guard

Omega Guard
- Minyak ikan ini sangat membantu pembentukan otak bayi sejak awal pembentukan.
- Omega Guard lengkap dengan DHA dan EPA yang penting untuk pembentukan otak dan mata bayi.
- Bagi ibu, Omega Guard dapat membantu mengawal paras kolestrol dalam tubuh badan.
- Bonus – Berat badan sepanjang kehamilan adalah terkawal dan tidak naik mendadak.
ESP Shaklee

ESP terbaik untuk ibu hamil
- Memberi tenaga. ESP sangat membantu terutama ibu-ibu yang mudah penat dan mengalami morning sickness di awal kehamilan.
- ESP sangat bagus untuk pembentukan kuku, kulit dan rambut.
- ESP membantu membekalkan asid amino dalam pembentukan otot dan juga otak bayi.
- ESP juga membantu pertumbuhan plasenta dan penghasilan susu khususnya apabila kandungan anda sudah memasuki Trimester ke 3.
TESTIMONI MEREKA YANG MENGAMALKAN SET MENGANDUNG SHAKLEE SEPANJANG KEHAMILAN

Berbeza sungguh kehamilan pertama dan kedua

Set Mengandung Shaklee pilihan ramai ibu

Vitamin Shaklee memang membantu

Doktor kata, u can consume all these vitamin

Perbezaan ketara, Tiada Cramp kaki

Tak sangka HB naik akhirnya
Ini hanyalah merupakan sebahagian kecil daripada Testimoni mereka yang mengambil Set Mengandung Shaklee sama ada Set Lengkap ataupun vitamin tertentu sahaja ( mengikut bajet). Ada beratus malah beribu lagi testimoni hebat ibu-ibu mengenai Set Mengandung Shaklee yang pastinya membuatkan anda juga tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan kebaikan dalam setiap pengambilan Vitamin Shaklee ini. Rugi kan kalau tak ambil?
Jika anda hendak membeli Set Mengandung Shaklee ini secara online dan Pihak Shaklee akan poskan sendiri kepada anda, anda boleh beli di sini. Klik ikon BUY NOW di bawah.
Anda ingin membeli satu persatu kerana kekangan bajet? Klik pada Vitamin yang anda perlukan untuk pembelian secara online melalui Shaklee.
Untuk makluman, jika anda bukan ahli Shaklee yang berdaftar, harga yang anda dapat ialah harga runcit (Retail Price). Jika anda berminat untuk membeli Set Mengandung Shaklee ini dengan harga ahli yang semestinya jauh lebih murah, yuran keahlian hanyalah RM69 dan anda akan mendapat Starter Kit daripada Shaklee.
Jika anda ingin mendaftar sebagai Ahli / Pengedar Shaklee, atau sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah hubungi saya di Talian 016-842720 ( Pn. Farizah).
P/S : COD Shaklee area Ranau dan Pos seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan Pos Laju / Gdex / Citylink.