Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat ibu-ibu,
Apa khabar?
Tanda Hamil Yang Disangka Tanda Hendak Period || Pernahkah anda mengalami tanda hamil yang disangka tanda hendak period? Antaranya seperti emosi yang sensitif, payudara terasa tegang, senggugut, rasa loya, kuat makan dan lain-lain. Biasanya tanda hendak period ini sangat serupa dengan tanda hamil. Sebab itulah ramai ibu-ibu yang selalu keliru sama ada dirinya hamil ataupun hendak period.
Pengalaman saya..

Pening dan Migrain
Saya memang biasa mengalami tanda-tanda seperti ini seminggu sebelum tarikh sepatutnya period sejak bujang lagi sampailah sudah berkahwin. Ianya masih sama. Kadang saya tertanya sama ada ianya adalah benar-benar tanda saya hendak period atau tanda hamil kerana perasaannya sangat serupa! Walhal ketika itu saya masih lagi memakai alat perancang kehamilan (implanon).
Merancang untuk anak yang ke-4
Saya dan suami sudah mulai merancang untuk mendapatkan anak yang keempat memandangkan anak ketiga kami sudah berusia 2 tahun lebih. Berharap juga mudah-mudahan ada rezeki dapat anak perempuan memandangkan ketiga-tiga orang anak sebelum ini semuanya lelaki hehe.

Baby Girl yang sangat comel! ( sumber Google)
Walaupun begitu, tidak mudah juga untuk merancang hamil memandangkan kami berjauhan / PPJ (perkahwinan jarak jauh). Saya di Sabah manakala suami di Sarawak. Setiap kali suami balik bercuti, ianya bukanlah tempoh di mana saya sedang subur.
Kebetulan, suami ada mesyuarat di Sabah malah berhampiran pula dengan rumah kami. Untungnya lagi sebab suami boleh terus sambung bercuti kerana kebetulan bersambung dengan cuti Awal Muharam. Maka seminggulah suami berada di kampung. Kebetulan lagi, minggu tersebut adalah minggu di mana saya sedang subur (peluang untuk saya hamil sangat tinggi).
Apps My Calendar
Jika ikut My Calendar (aplication untuk mengetahui tarikh jangkaan period, tarikh subur serta tarikh berlakunya ovulasi), hari ovulasi dijangka adalah pada hari Sabtu dan suami pula sampai rumah (baru balik dari Sarawak) pada lewat malam hari Jumaat (esoknya adalah jangkaan ovulation day). Jadi memang agak tinggilah peluang saya untuk hamil. Apapun, kami cuba jaya saja dulu hahaha.
Apa tanda-tanda hamil yang disangka tanda hendak period itu?
Tarikh jangkaan period saya ialah pada 30 September 2017 (kitaran 28 hari). Tanda-tanda yang saya rasakan sebelum tiba masanya tarikh period ini ialah :-
- Sakit perut (cramp) yang berpanjangan dan ianya bermula selepas hari ovulation.
- Sakit gusi.
- Pening dan migrain yang ringan.
- Payudara terasa tegang tetapi puting tidak sakit.
- Vagina terasa ngilu dan mencucuk ( yang ini terasa ketika subuh sekali saja pada 28 Okt ).
- Rasa penat, mengantuk dan malas sedangkan sebelum ini saya seorang yang aktif.
- Sehari sebelum tarikh period, cramp perut makin menjadi-jadi.
- Sakit pinggang dan sejuk tapak kaki.
- Berasa loya apabila perut kenyang haha.
- Panas baran ( kasihan anak-anak huhu).
- Cepat berasa lapar.
- Ada buat UPT pada 28hb (tapi petang hehe) dengan UPT jenama Omeo RM5.10 beli di Watson tapi sedihnya negatif.
- Sekali lagi buat UPT pada 29hb (kencing pertama selepas bangun subuh) jenama Disclosure RM5.30 juga beli di Watson, tapi negatif juga. haha
- Tanda paling JELAS : Period tidak datang-datang
Ceritanya..

Cramp perut tanda hamil
Lebih kurang dua minggu sampailah hari yang saya sepatutnya period (30 September 2017). Period tidak menjelma tiba tetapi cramp perut / sakit mencucuk-cucuk pada bahagian bawah perut ini masih lagi berterusan. Risau juga sebab ini adalah kali pertama saya mengalami sakit perut ala senggugut yang berpanjangan seperti ini. Tanda hamil sebelum ini juga tidak begini.
Selalunya kalau pun hendak period, rasa sakit cuma akan terasa beberapa hari sebelum period dan period saya pula memang akan datang on time atau paling pun akan awal / lewat sehari ( berdasarkan My Calendar). Kitaran haid saya ialah 28 hari setiap bulan.

Berjumpa doktor untuk kepastian
Kerana risau, saya pun berjumpa doktor. Ketika ini, ada lima hari lagi sebelum tarikh saya sepatutnya period. Risau juga kalau-kalau sakit ini disebabkan oleh ovarian cyst saya. Manalah tahu kalau-kalau cyst tersebut makin membesar atau lain-lain. Sebelum ini saiznya cuma tinggal 2.2cm (temujanji doktor yang terakhir pada bulan Mac 2017). Temujanji seterusnya ialah pada 11 Oktober 2017. Alhamdulillah selepas berjumpa doktor, beliau sahkan bahawa cyst saya tidak membesar dan tidak juga terpulas (cyst yang terpulas akan menyebabkan rasa sakit kata doktor). Saiznya juga masih 2 cm.
Kemungkinan Saya Hamil
“Mungkin awak mengandung?”Kata doktor.. Saya cakap, “tidak mungkinlah doktor” (sebab belum period padahal dalam hati berharap jugalah hehe). Doktor pun kata tidak nampak kantung bayi semasa melakukan scan perut tadi. Erm tidak mengapalah.
Dua minggu sebelum tarikh period, saya ikut bermain futsal untuk PSKPP guru-guru. Ketika ini sakit perut masih berlanjutan tetapi bila bermain, sakit itu hilang. Malamnya datang lagi. Hari sepatutnya period pula (30 Sept 17), saya ikut bermain bola jaring. Masa bermain memang tiada rasa sakit. Malah selepas bermain, rasa sakit perut berkurangan. Malam pun tidur lena. Saya sebenarnya risau juga kalau-kalau mengandung tapi oleh kerana UPT negatif maka saya pun meneruskanlah niat untuk ikut bermain.
Period Lewat!
Hari yang ditunggu-tunggu iaitu 30 September 2017 akhirnya tiba. Tapi tidak period pun. Tidak mengapalah sebab kadang-kadang memang biasa juga lewat sehari. Ketika ini masih lagi terasa sakit senggugut / cramp perut. Kadang sakit sikit, kadang sakit lebih kuat.
1 Oktober 2017 (Isnin)
Tunggu punya tunggu. Period masih tidak memunculkan diri juga. Ehh, biasanya kalau lewat period lebih dari sehari, itu kemungkinan besar saya mengandung. Wahh..benarkah? Sebabnya period saya memang jenis yang sangat teratur setiap bulan dan apps My Calendar memang tepat untuk saya ( sudah guna hampir 7 bulan).
Tapi kenapa UPT negatif? Kenapa? Kenapaa?? Haha.. Ikut naluri sebenarnya dah kata ‘saya mengandung’ tapi oleh sebab UPT negatif, kita tunggu dulu. Lagipun baru lewat sehari. Hehe..Tapikan, masa anak yang ketiga dulu pun begini. Masa itu lagilah lama, bayangkan 2 bulan lewat period barulah UPT positif haha. Jadi kali ini agaknya bagaimana?
Nanti saya update kisahnya dalam cerita Tanda Hamil Yang Disangka Tanda Hendak Period Part 2
Pengedar Shaklee Sibu Sarawak | Pengedar Shaklee Permai Sibu| COD Shaklee Hospital Sibu |