IbuRayyanDotCom

Berkongsi Rasa dan Kesihatan

  • Home
  • TIPS DAN PETUA
  • KECANTIKAN
  • KESIHATAN
  • PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
  • TESTIMONI PENGGUNA
  • UMUM

Apa Perlu Dilakukan Jika UPT Asyik Negatif

August 15, 2017 by iburayyan 32 Comments

Assalamualaikum semua,

Apa Perlu Dilakukan Jika UPT Asyik Negatif ? Saya percaya ramai di kalangan ibu-ibu yang pernah atau sedang mengalami situasi di mana UPT asyik negatif walaupun sudah lewat period lebih daripada 2 minggu. Jadi, apa perlu dilakukan jika UPT asyik negatif?

Pada pandangan saya (pendapat peribadi dan bukan dipetik daripada mana-mana nasihat doktor atau pakar ya hehe), ibu-ibu boleh :

1. Tunggu Sedikit Waktu Lagi

Upt negatif

UPT Negatif

Jika period anda lewat seminggu atau 2 minggu, dan UPT pula masih negatif maka tunggulah lagi dalam seminggu dua.

Memang ada jenis orang yang lambat sedikit boleh dikesan kehamilannya melalui ujian air kencing (UPT). UPT asyik negatif (walaupun sudah lewat period lebih 3 minggu) sedangkan dirinya hamil.

Macam sayalah, anak pertama dan kedua sudah UPT positif seawal 4 hari lewat period manakala anak ketiga, sudah lebih sebulan pun masih lagi UPT negatif.

Hamil anak ke 3

Akan tetapi, naluri keibuan saya kuat mengatakan yang saya memang hamil. Lagi pula, period saya jenis teratur setiap bulan. Maka bertambah kuatlah firasat saya memang mengandung!

Tapi saya buat keputusan untuk tunggu lagi walaupun sebenarnya teruja untuk tahu keputusannya hehe.

2. Cuba UPT Jenis Dan Jenama Yang Berbeza

Upt test kit

Ada pelbagai jenama UPT di pasaran

Jikalau UPT anda asyik negatif sahaja, cuba gunakan pula UPT dari jenama yang berbeza dengan UPT yang anda biasa gunakan. Anda boleh gunakan UPT dari jenama yang murah hinggalah UPT yang harganya mahal.

Upt clear blue

Clear Blue Digital

Boleh juga gunakan UPT jenama Clear Blue jenis yang digital. Harganya boleh tahan juga tapi tidaklah mencecah RM100 hehe. UPT Clear Blue digital akan bagitahu usia kandungan anda sekali. Seronok kan?

Boleh tahu usia kandungan anda

Saya belum pernah gunakan UPT jenama Clear Blue. Almaklumlah, saya memang jenis yang suka gunakan upt murah-murah saja. Asalkan bawah RM15 bolehlah. Jimat.

3. Buat Ujian Darah Dan Ultrasound

Ultrasound

Kalau anda sudah lewat period hampir sebulan dan UPT masih negatif tetapi anda rasa anda memang memgandung, apa kata anda terus pergi ke klinik untuk buat ujian darah dan juga ultrasound.

Kedua-dua ujian ini hanya boleh dilakukan di klinik / hospital sahaja ya.

Kalau anda pergi ke klinik swasta, proses untuk Ultrasound lebih cepat berbanding di hospital kerajaan (sebab giliran pesakit yang menunggu tidaklah ramai sangat) cuma anda perlu bersedia untuk keluarkan duit.

Selain daripada pilihan di atas, anda boleh juga cuba kaedah tradisional untuk memastikan sama ada anda hamil atau tidak tanpa menggunakan UPT.

Caranya anda boleh baca di SINI.

Semoga perkongsian mengenai apa yang perlu dilakukan jika UPT asyik negatif ini akam dapat memberikan manfaat buat ibu-ibu di luar sana. Doakan saya sukses selalu ya. Doakan juga supaya saya akan mendapat anak perempuan selepas ini. Kalau kembar, lagi seronok! Hehe.. Saya juga doakan agar anda bakal mendapat berita gembira mengenai kehamilan anda. Aamiin.

Apa yang penting, stay positif ok.

Jumpa lagi mommies!

 

Filed Under: KEHAMILAN Tagged With: Apa yang perlu dilakukan jika upt asyik negatif, cara lain untuk menguji kehamilan, tidak period tetapi upt negatif, upt asyil negatif tetapi masih tidak period, upt negatif tetapi mengandung, upt yang bagus untuk uji kehamilan

submit url free

Copyright © 2018 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in