iburayyan.com

Berkongsi Rasa dan Kesihatan

  • Home
  • TIPS DAN PETUA
  • KECANTIKAN
  • KESIHATAN
  • PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
  • TESTIMONI PENGGUNA
  • UMUM

Supplemen Untuk Melenyapkan Stress

October 9, 2018 by iburayyan Leave a Comment

Supplemen Untuk Melenyapkan Stress || Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.

Jika kita selalu stress atau mengalami tekanan yang berterusan dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, maka stress ini akan bertukar menjadi ‘distress’ (kesan negatif) yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.

Apakah Tanda-Tanda Kita Mengalami Stress?

Tanda-tanda stress boleh dikenalpasti berdasarkan aspek fizikal, mental, emosi dan perangai seseorang iaitu :

Fizikal

  • Keletihan
  • Pening kepala
  • Susah tidur
  • Sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang
  • Degupan jantung yang kuat
  • Sakit dada
  • Loya
  • Ketar badan
  • Sejuk tangan
  • Berpeluh

Mental

  • Hilang tumpuan
  • Mudah lupa
  • Susah untuk membuat keputusan
  • Tidak boleh berfikicelaru pemikiran
  • Tidak boleh berjenaka

Emosi

  • Risau
  • Sentiasa bimbang
  • Sugul
  • Marah
  • Mudah kecewa
  • Sentiasa takut
  • Sensitif
  • Mudah hilang sabar
  • Panas baran

Perangai

  • Kerap mengeluh
  • Mempunyai tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki
  • Makan yang berlebihan
  • Merokok
  • Minum arak
  • Menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain
  • Bertindak agresif

Bahaya Stress

Stress boleh menjejaskan kesihatan dan mendorong kepada penyakit-penyakit seperti :

  • Sakit jantung dan angin ahmar (stroke)
  • Insomnia atau susah tidur
  • Kencing manis
  • Gastrik dan ulser
  • Infeksi atau jangkitan kuman
  • Asthma

Selain itu kajian juga telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti :

  • Darah tinggi
  • Sakit sendi (rheumatoid athritis)
  • Cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis)
  • Mandul dan alahan kulit

Rujukan : Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9

Cara Mengatasi Atau Mengurangkan Stress

Antara cara untuk mengurangkan stress ialah :

1) Lakukan senaman pernafasan

Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita.

2) Bertafakur (Meditation)

Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan.

3) Membuat visualisation

Membuat visualization boleh membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang, menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan.

4) Berurut

Berurut dapat mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan. Ia juga dapat menambahkan kecerdasan minda kita.

5) Kendurkan otot-otot

Kendurkan otot dengan berbaring, bersenang-senang dan biarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekurang-kurangnya tiga minit. Ini akan memberi kelegaan kepada tubuh dan minda.

6) Mendengar muzik

Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda.

7) Mengurus masa dengan baik

Kenalpasti kerja harian mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan.

Apa Shaklee Boleh Bantu?

Selain daripada mengamalkan cara-cara untuk mengurangkan stress di atas, anda boleh mengamalkan supplemen untuk melenyapkan stress iaitu dengan vitamin Shaklee yang sesuai iaitu B-Complex Shaklee.

Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stress?

Vitamin anti stress

Harga : RM58.75 [Beli]

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.

Fungsi setiap vitamin B dalam B-Complex ini ialah :

Vitamin B1

Mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma.

Vitamin B2

Mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

Vitamin B3

Mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.

Vitamin B5

Mengurangkan stress fizikal dan mental, membantu mengurangkan penuaan pramatang.

Vitamin B6

Penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya.

Vitamin B12

Meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual.

Biotin

Membantu B-Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit.

Asid Folik

Kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya.

Kesimpulan

Setiap orang akan mengalami stress namun apa yang penting ialah bagaimana anda menguruskan stress tersebut.

Jangan biarkan stress berpanjangan dan semakin teruk, sebaliknya cuba semua cara-cara yang sesuai untuk mengatasi stress termasuklah mengambil supplemen untuk melenyapkan stress. Boleh juga amalkan set kesihatan asas Shaklee untuk lebih tenaga dan kecergasan setiap hari.

CARA BELI B-COMPLEX SHAKLEE

1. Pembelian terus secara Online di SINI.

2. Anda boleh hubungi saya dengan cara klik link whatsapp di bawah untuk pertanyaan dan pembelian produk Shaklee.

KLIK LINK WASSAP SEKARANG

Mengapa mesti memilih VITAMIN SHAKLEE?

✅Mendapat Kelulusan KKM
✅Halal
✅Tiada Kesan Sampingan
✅Terbukti Berkesan
✅Terbukti Semulajadi
✅Terbukti Selamat
✅Harga Mampu Milik

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi : 016-8427520 (Pn. Farizah) 

Email : fieza1028@gmail.com

*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Filed Under: B-Complex, Cara Atasi Stress, KESIHATAN, PRODUK SHAKLEE Tagged With: distress, fungsi bcomplex untuk stress, mengatasi stress, Stress, supplemen untuk mengatasi stress, supplemen untuk stress, tanda stress, tekanan, Tip elak stress

submit url free

Copyright © 2019 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in