IbuRayyanDotCom

Berkongsi Rasa dan Kesihatan

  • Home
  • TIPS DAN PETUA
  • KECANTIKAN
  • KESIHATAN
  • PENGEDAR SHAKLEE SELURUH MALAYSIA
  • TESTIMONI PENGGUNA
  • UMUM

Tips Vagina Licin Ketika Hubungan Intim

April 1, 2017 by iburayyan 1 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sayang,

Tips Vagina Licin Ketika Hubungan Intim|| Suatu ketika dulu, seorang sahabat pernah bertanyakan kepada saya mengenai apakah Tips Vagina Licin Ketika Hubungan Intim. Beliau baru sahaja dua bulan berkahwin. Mungkin beliau bertanyakan kepada saya memandangkan saya sudah mempunyai 3 orang cahaya mata. Banyak pengalaman katanya. Erk? Hehe.

Kami sebenarnya sebaya. Rasanya sebab itulah dia bertanyakan dengan saya mengenai hal ini. Katanya, dia berasa sakit sewaktu bersama suami kerana vaginanya agak kering. Bagi yang sudah berkahwin, anda pasti faham bagaimana rasa sakit dan tidak selesa ketika hubungan intim dengan suami apabila vagina kering.

Vagina yang licin dan basah semasa hubungan intim akan membuatkan hubungan tersebut lebih selesa dan terasa nikmatnya. Maaf, isunya agak sensitif tetapi ini adalah dilema yang dihadapi oleh ramai isteri di luar sana.

Masalah Kekeringan Faraj atau Vagina

masalah vagina kering

Masalah Kekeringan Vagina

Saya pernah mengalami keadaan ini selepas melahirkan anak. Apabila bersama suami, terasa vagina agak kering dan memang sakit sewaktu bersama. Hairan juga, kenapa agak susah untuk vagina basah. Sudah tentu, hubungan intim bersama suami terasa sedikit hambar dan tidak menyeronokkan. Ia kerana, saya lebih terasa sakitnya. Vagina terasa sakit dan pedih terutama apabila hendak kencing.

Pernah juga terfikir, adakah ini disebabkan kerana sudah melahirkan anak?

Vagina Mengalami Perubahan Akibat Peningkatan Usia

Apabila usia semakin meningkat, dalam hubungan kelamin, ianya sangat mempengaruhi. Bagi wanita yang berusia 40an, mereka akan lebih lambat berasa ghairah semasa hubungan intim berbanding dengan mereka yang berusia 20an dan 30an.

peningkatan usia buat vagina kering

Usia yang meningkat mempengaruhi hubungan kelamin

Bagi wanita yang berusia 20an dan 30an, kepekatan hormon yang tinggi dalam tubuh seorang wanita akan mempengaruhi kekuatan otot pada dinding faraj dan lendiran faraj. Bagi wanita yang berusia 40an pula, hormon estrogen menurun dan menyebabkan lendiran faraj berkurangan. Kesannya, kemasukan zakar suami menyebabkan luka dan rasa sakit ketika hubungan intim.

Lelaki Cepat Terangsang Berbanding Wanita

 lelaki mudah ghairah

Lelaki lebih cepat ghairah

Bagi lelaki pula, mereka lebih cepat berasa ghairah dan terangsang berbanding wanita. Disebabkan itulah, dalam hubungan intim antara suami dan isteri, suami haruslah tidak tergopoh gapah dan sabar menunggu. Beri masa dan rangsang isteri sehingga isteri berasa ghairah dan bersedia.

Apabila isteri sudah mula berasa ghairah dan mengeluarkan lendiran faraj, maka barulah suami boleh memasukkan zakar secara perlahan-lahan. Perkara ini adalah penting kerana ada kes penceraian yang berlaku hanya disebabkan mereka berkelahi tentang hubungan intim.

Tips Vagina Licin Ketika Hubungan Intim 

Tips vagina licin ketika hubungan intim, anda boleh :

  • Menggunakan sapuan gel
 pelincir faraj

Pelincir untuk faraj kering

Bagi wanita yang mengalami kekeringan faraj atau vagina semasa hubungan intim, anda boleh menggunakan sapuan gel. Ini adalah cara termudah dan terbaik. Cara menggunakan sapuan gel ini ialah gel ini harus dimasukkan ke dalam faraj atau disapu ke batang zakar suami. Cara ini berkesan untuk menggantikan kekurangan lendiran faraj isteri. Ia akan membantu mengurangkan kecederaan pada dinding faraj.

Jika anda mencari Pelincir Untuk Kekeringan Faraj yang sesuai dengan anda, anda boleh baca mengenainya di SINI.

  • Berbincang dengan suami
hubungan intim

Saling berbincang dalam hubungan intim

Anda perlu berbincang dengan suami sekiranya anda mengalami masalah kekeringan faraj. Sekiranya anda berdiam diri dan malu untuk berbincang dengan suami, ia akan membawa masalah kepada hubungan intim anda. Suami juga haruslah bersabar dan tidak gopoh dalam melakukan hubungan intim bersama isteri.

Rangsangan haruslah ada. Baca mengenai Foreplay Untuk Wanita di SINI untuk menambahkan rasa ghairah isteri.

  • Minum banyak air
minum banyak air

Air penting untuk kesihatan tubuh

Pastikan anda minum air secukupnya. Ia penting untuk kesihatan dan keperluan tubuh badan anda. Minum air secukupnya juga membantu hormon estrogen menghasilkan cairan vagina, membuatkan vagina basah dan sudah tentu fungsi tubuh dapat bekerja dengan lebih efisien.

  • Elakkan Pencuci Faraj Yang Tidak Sesuai
pencuci vagina

Contoh Pencuci Vagina

Menggunakan pencuci faraj yang tidak sesuai atau terlalu kerap kadang kala menyebabkan vagina menjadi lebih kering dan tidak selesa. Ada juga yang mengalami rasa gatal pada vagina apabila menggunakan pencuci vagina. Ada juga yang mengadu, mereka mengalami masalah keputihan apabila menggunakan pencuci vagina ini.  Adalah lebih baik lebih baik tidak menggunakan pencuci vagina. Hanya bilas sebersihnya menggunakan air suam. Pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan vagina anda.

  • Tips istimewa – Amalkan Makan Vitamin Shaklee iaitu GLA, Vitamin E dan Alfalfa

Tips Vagina Licin Ketika Hubungan Intim ini adalah sangat mudah malah bagus untuk kesihatan dalam wanita.

gla shaklee

GLA Shaklee

Pengambilan GLA (Gamma Linolenic Acid) Shaklee sangat baik untuk masalah vagina wanita yang mana ia telah dibuktikan oleh Saadat Parhizkar dan Latifah A Latiff dalam kajian mereka iaitu “Supplementary Health Benefits of Linoleic Acid by Improvement of Vaginal Cornification of Ovariectomized Rats”.

Antara manfaat GLA ialah :

  • Mengawal selia estrogen
  • Membantu prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita
  • Memperbaiki simptom pms
  • Melambatkan menopause
  • Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman,depresi
  • Melambatkan penuaan
  • mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus utk kulit lebih muda
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki dan kerap kencing
vitamin e shaklee

Vitamin E Shaklee

Sifat pelembab yang kuat yang terdapat pada Vitamin E boleh membantu untuk meredakan gejala kekeringan yang terjadi pada faraj. Antioksidan yang larut dalam lemak yang terdapat dalam vitamin E akan membantu melindungi tubuh anda daripada radikal bebas dan menjaga sistem kekebalan tubuh.

Vitamin E adalah merupakan komponen umum dari pelembap yang cukup penting kerana keberkesanannya dalam membantu memperbaiki sel-sel kulit yang rosak kerana dapat meningkatkan kelembapan sel kulit.

Dr Susan Love Research Foundation menyarankan agar menggunakan minyak dari makanan tambahan yang mengandungi vitamin E ke dalam faraj anda selama satu hingga dua minggu untuk melegakan kekeringan yang terjadi pada faraj.

Sebuah artikel yang ditulis pada bulan November 2008,  iaitu “Kajian Perubatan dan Farmakologi Sains Eropah” menjelaskan bahawa Vitamin E cukup berkesan terhadap supositori faraj dalam menguruskan atrofi faraj. Para penulis menyimpulkan pengaruh dari aplikasi intravaginal vitamin E, lebih baik daripada supositori lain, berbanding dengan terapi penggantian estrogen tempatan.

Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa supositori alami vitamin E tidak menghasilkan kesan sampingan, penggunaannya boleh meningkat secara ketara pada atrofi faraj dan peningkatan kelembapan faraj.

alfalfa shaklee

Alfalfa Shaklee

Alfalfa juga turut mengandungi estrogen tumbuhan yang dipanggil isoflavin yang mana pengambilan alfalfa boleh menghasilkan serta meningkatkan hormon estrogen dalam tubuh.

  • Menghasilkan hormon estrogen yang mencukupi dalam tubuh
  • Memberikan anda kesan kewanitaan yang ketara
  • Tiada lagi masalah vagina berbau
  • Bahagiaan intim makin rapat
  • Hubungan seks makin hangat membara
  • Buah dada makin tegang
  • Membantu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.
  • Membantumeningkatkan pelincir semulajadi wanita

Kesemua Tips Vagina Licin Ketika Hubungan Intim yang sudah saya kongsikan ini, mudah-mudahan akan memberikan seribu manfaat kepada para isteri di luar sana yang mengalami masalah kekeringan faraj semasa hubungan intim.

Jika anda berminat untuk menempah Vitamin Shaklee di atas untuk menyelesaikan masalah kekeringan vagina anda, anda boleh hubungi saya di talian 016-8427520 (Pn.Farizah).

Atau, anda boleh terus order dan Shaklee akan poskan untuk anda. Klik Order Now.

Image result for order now

 

Filed Under: TIPS DAN PETUA Tagged With: bagaimana supaya vagina licin sewaktu bersama suami, cara supaya vagina basah dan berlendir, kurang ghairah apabila bersama suami, lendiran faraj kurang, pelincir untuk hubungan intim, pelincir untuk vagina kering, punca vagina kering, sakit ketika hubungan intim, tips vagina licin semasa bersama suami, vagina kering

submit url free

Copyright © 2018 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in